• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Felda dulu dan kini - Aku dulu dan kini

Felda sejak dari penubuhannya hingga lah ke hari ini bermacam bantuan, program, saham serta skim2 yang dianjurkan. Berbanding dengan penduduk di tempat lain sememangnya Felda adalah anak emas bagi kerajaan. Ini mungkin kerana golongan majoriti Felda adalah Melayu yang pada asalnya adalah golongan yang tidak berkemampuan . Kerajaan membaiki taraf hidup mereka dengan diberi sebidang tanah serta ditugaskan mengusahakannya tanah tersebut. Dan bercerita pula mengenai aku. Bermulanya aku adalah seorang pemuda yang lahir dari bumi Felda. Berkubang, memancing, melastik, bermain, bekerja, itulah norma norma kehidupan kami sebagai anak2 Felda. Setelah 16 tahun lamanya aku tinggal di Felda, aku mula merantau dinegeri orang mencari pengalaman.

Monday, April 30, 2012

Because I Care

Sunday, April 29, 2012

Aku dan Bersih 3.0

Sekali lagi aku merempuhkan diri ke medan perjuangan ini demi untuk keadilan rakyat Malaysia. Namun tetap ada yang terus menerus menghina, mencaci dan menolak prinsip kami sebagai pemuda yang cintakan negara ini. Kami tidak minta supaya perjuangan kami dihargai tetapi cukup hanya sekadar memahami apa yang berlaku. Refleksi ini bukanlah satu jawapan kepada semua persoalan tetapi ianya adalah suatu perkongsian yang merungkai sedikit persoalan. Walau perkongsian aku ini tidaklah seberapa hebat tetapi ia lebih baik daripada mereka yang berkata lebih tetapi pada hakikatnya tidak mahu berbuat apa apa.

Friday, March 9, 2012

Aku, buku dan cinta

Bingkisan kali ini tiada kene mengena dengan post lelaki jiwang tetapi ia lebih kepada luahan rasa hati. Yang mana Aku mula jatuh cinta dengan buku . Aku bukanlah lahir dari keluarga alim ulama' dan bukan pula dari keluarga wali wali Allah. Aku cuma seorang lelaki biasa yang datang dari keluarga yang biasa. Mungkin fitrah manusia itu mengajar aku rasa ingin tahu yang kuat dan menimbulkan rasa cinta terhadap bahan bacaan semakin mendalam dalam jiwaku. Mungkin tidak mampu menjadi ulama' tapi cukup bagiku sekurang kurangnya mengikut jejak mereka.

Wednesday, February 29, 2012

Musafir mengajarku erti kehidupan

Diawal usia 20 tahun ini, siapa boleh menyangkal yang aku ini belum puas menghayati hidup sebagai seorang remaja. Berbagai cara, berbagai kaedah aku cuba selami namun ternyata cara hidup islam lebih aku sukai daripada cara hidup hedonism. Kerna disitu terletaknya hidayah serta taufik pemberian Allah SWT. Bermula kehidupan aku dari kampung seterusnya melangkah ke bandar memberi suatu fenomena baru buat aku tentang hakikat dunia sebenar. Bermacam juga perkara yang boleh aku perhatikan sepanjang perjalanan ini. Di kala mata melihat keindahan alam ciptaan Allah, mulut dan hati bertasbih memuji kebesaranNya.

Thursday, February 9, 2012

Ceteknya ilmu hambaMu ini

Terasa lama sudah aku meninggalkan teratak maya ini. Mungkin kerana diri ini "malu", yakni malu terhadap diri sendiri kerna merasakan ilmu didada ini sudah cukup, cukup untuk mengharungi gelombang2 ujian yang mana ia datang dengan bertubi tubi dan kian besar dari yang sebelumnya. Aku sebenarnya telah tersilap , dan ini menyebabkan aku tenggelam ditengah perjalanan ini. Namun aku cuba baiki diri dengan ilmu hari demi hari, demi menandingi cubaan yang mendatang. Bingkisan muhasabah kali ini hendak menyelusuri mengenai pengorbanan. Pengorbanan masa, harta, dan dunia demi mencapai satu tujuan yang bermakna iaitu ilmu. Ilmu yang mana mendorong kita lebih dekat kepada Ilahi. Ia merupakan sesuatu yang dicari oleh para pahlawan, pencinta kejayaan dan pengagum karya. Menuntunya adalah suatu ibadah, mengajarkannya adalah suatu sedekah dan mencarinya adalah suatu perjuangan.

Friday, January 13, 2012

Dorongan

Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?

Tuesday, January 3, 2012

Medan Amal: realiti atau maya?

Alam maya telah menjadi platform yang penting terutamanaya Facebook dan blog bagi menyampaikan informasi terkini di zaman teknologi tanpa batasan. Ini juga merupakan salah satu jalan yang mana dakwah Islam terus berkembang. Melihat cara penyampai dakwah ini merupakan sesuatu yang berbeza dengan dakwah pada zaman Rasullulah yang mana terpaksa bergerak mengerahkan tenaga, masa serta kesabaran dalam menyampaikan dakwah ini. Cabaran yang mereka hadapi bukan sahaja dicemuh, dimaki malah diancam nyawa mereka. Berbanding dengan kita, hanya mampu copy paste ataupun menulis satu dua ayat lalu mengepost dan merasakan sudah cukup nilai dakwah yang perlu disampaikan.

Monday, December 5, 2011

Post JKM reflection

Ini merupakan reflection yang ketiga setelah dua assignment reflection mengenai posting ini. Tetap jua aku gagahi diri ini menulis demi untuk merempuhi proses memperbaiki diri. Aku sedar diri ini memerlukan motivasi yang berterusan agar rasa semangat mujahadah ini tidak luput dimamah masa. . Posting ketiga aku, JKM (jabatan kesihatan masyarakat) telah memberikan pengalaman yang unik untuk aku. Walau begitu cepat masa berlalu namun banyak peristiwa yang mengajar aku mengenai erti kehidupan terutamanya dalam soal uhkwah dan tanggungjawab.

Ujian Ilahi

Kali ini aku membuat kajian mengenai kesihatan penduduk kampung batu 23 sungai nibung. Aku ditugaskan bersama rakan di kawasan PPRT( Program Pembangunan Rakyat Termiskin) untuk menemuduga mengenai kesihatan mereka. Bermacam cerita aku dengari daripada mereka dan bermacam ragam juga orang yang aku jumpa. Dan dapat disimpulkan bahwa mereka kebanyakan berada dalam kesusahan. Aku cuba meletakkan diri aku di dalam kedudukan mereka sekarang. Adakah dapat aku hadapi kesusahan yang mereka harungi saat ini?

Monday, November 21, 2011

Priority Hidup

Sering juga ditanya mengenai keutamaan dalam hidup ini, sering juga jawapannya berubah-ubah dan sering juga diri ni baru hendak mencari apa yang hendakkan jita letakkan pada kedudukan utama. Mungkin dalam diri ini terlalu banyak keinginan yang mungkin megatasi keutamaan dalam hidup ini. Tujuan manakah perlu aku utamakan? Masa-masa lapang ku diisi dengan mengisi ruang yang perlu untuk membezakan keinginan dan keutamaan.

Monday, November 7, 2011

Mujahadah satu pengorbanan

Ternyata di hari raya Aidiladha ini aku belajar sesuatu iaitu soal pengorbanan. Muzakarah bersama saudara Haris memberi kesan sedikit sebanyak kepada diriku ini. Pengorbanan merupakan satu cara kita dalam menaikkkan iman didalam diri kita. Iman merupakan kekuatan kita dalam melakukan ibadah. Ibadah yang berkualiti, ibadah yang berterusan datang daripada iman. Ibadah tanpa iman membuatkan kita cepat rasa bosan dan seteruskan menjadikan seseorang yang bosan terhadap agama. Oleh dengan itu, aku mengajak diri agar meneruskan apa jua bentuk pengorbanan dalam diri ini agar iman serta ibadahku terus meningkat.

Sunday, November 6, 2011

Semerdu kalammu ya Ilahi memberi ketenangan dihati

Walau dunia ini penuh dengan noda noda hitam
Yang bertempiaran disana sini
Namun tetap aku cuba mewarnai hidupku ini
Dengan kemerduan kalam Mu ya Ilahi

Friday, October 14, 2011

Mulakan langkah pertama

Tulisan ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang demi mengajak diri serta pembaca agar muhasabah diri . Sama samalah kita melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh sungguh menjadi hambaNya yang sebenar? Ramai yang memberikan alasan bahwa sukar melalui kehidupan sebagai seorang hamba yang sebenar. Namun apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan? Maka dengan ini, aku menyeru. Geraklah!

Friday, September 9, 2011

Rantauanku di bulan Ramadhan

Dalam bulan ramadhan ini, aku merancang perjalanan . Perjalanan yang bermakna demi mencari ketenangan dalam melakukan ibadah. Walaupun ketenangan itu datang daripada Allah SWT namun kita haruslah berusaha dalam mencarinya. Alhamdulillah ternyata beribadah ditempat lain membuatkan aku lebih tenang dalam melakukan ibadah. 

Saturday, August 27, 2011

Ikhlas dalam beribadah

Hari ini iftar di rumah Prof Harlina bersama sama rakan rakan. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Alam Damai, ada sedikit pengisian bersama Prof Harlina. Pengisian yang cukup mudah iaitu mengenai "Ikhlas". Mungkin agak bosan bila mendengar tentang tajuk ikhlas ini namun cara pengisian membuatkan aku sedikit tersentuh. Segala pekerjaan yang kita lakukan adalah berlandaskan keikhlasan kerana daripada ikhlas inilah yang memberikan kita motivasi kita secara berterusan. Ikhlas merupakan amalan hati. Ikhlas itu membuatkan kita melakukan suatu perkara kerana Allah, untuk Allah, hanya Allah dan semuanya adalah Allah SWT. Tiada tujuan lain.

Saturday, August 6, 2011

Hargai Ramadhan Kita

Puasa aku dan puasa orang lain adakah sama? Kita sume berpuasa dengan kadar yang sama iaitu bepuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Mungkin daripada masa berpuasa itu sama tetapi yang membezakan mungkin adalah "Pengisian takwa" didalam diri kita. Seperti gambar bateri disebelah, di bulan Ramadhan inilah kita meng"recharge" diri kita. Sangatlah rugi bagi orang yang melayani Ramadhan seperti bulan bulan biasa. Mereka hanya menganggap yang membezakan dengan bulan yang lain hanyalah perlu berlapar dahaga di siang harinya sahaja. Ada juga menggangap bulan Ramadhan ini adalah special kerana selepas itu ada Hari Raya dimana mereka menikmati sepuas puasnya makan selepas berpuasa. Ingatlah bahwa orang seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang rugi kerana Ramadhan itu adalah suatu nikmat Ilahi yang terlalu tinggi nilainya.

Monday, July 11, 2011

Aku dan BERSIH 2.0

Pertama kali aku berdemostrasi di dalam negara yg berdemokrasi ini. Rasanya dah jelas matlamat sebenar demostrasi ini. Bukan mengajak kita menghina mana2 pihak tapi demi menegakkan keadilan yang telus. Rasa nervous bercampur dengan semangat membuak2 dalam diri ini dalam persediaan menempuhi ujian ini. Sebagai seorang anak muda,  baru aku rasa "jihad" yang sebenar. Walaupun bukan di dalam medan perang tapi, perjuangan bersama sama para2 mujahid islam membuatkan semangat dalam diri membuak buak. Dan ini menghilangkan rasa gentar dalam memperjuangkan keadilan. Terasa juga sedih dan pilu melihat kejadian2 yang sepatutnya x patut berlaku. Aku melihat sendiri kezaliman, penindasan, ketidakperimanusiaan polis dalam mengawal situasi yang berlaku. Pada masa itu, aku keliru siapakah yang menjaga keamanan dan siapakah yang membuat keganasan. Semoga perkongsian yg x seberapa ini menjadi peringatan buat diri dan yg lain.

Tuesday, June 28, 2011

Mencari ketenangan

Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan/dicelupkan dia ke dalam syurga, kemudian dikeluarkan. Lalu ditanya " Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup? " Dia kata, "Tak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini".Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka kemudian dikeluarkan. Lalu ditanya " Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?" . Dia kata "Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini". (riwayat Muslim no. 2807)

Thursday, June 2, 2011

Kerdilnya aku

Ramai member2 aku da ramai yg mempunyai blog sendiri. Ade blog yg based on kehidupan, ade yg menceritakan mengenai novel, ade yang mengenai islamik dan yg ntah ape2 pown ade. Aku mule terfikir mengenai blog aku buat nie. Apa niat sebenar aku buat blog nie? adakah untuk mencapap? ataupun memang da x de keje lain nak wat. Blog nie mungkin boleh dikategorikan sebagai blog "muhasabah diri" agar aku dpt membina jati diri aku menjadi mukmin yang sebenar. Kalau melihat diri aku balik, memang aku nie tak layak untuk memberikan sebarang pandangan mengenai ilmu apatah lagi sebagai rujukan. Kerana aku sedar, aku masih lagi merangkak dalam pencarian ilmu sama ada di bidang yang diceburi apatah lagi di dalam bidang yang lain.