• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, February 29, 2012

Musafir mengajarku erti kehidupan

Diawal usia 20 tahun ini, siapa boleh menyangkal yang aku ini belum puas menghayati hidup sebagai seorang remaja. Berbagai cara, berbagai kaedah aku cuba selami namun ternyata cara hidup islam lebih aku sukai daripada cara hidup hedonism. Kerna disitu terletaknya hidayah serta taufik pemberian Allah SWT. Bermula kehidupan aku dari kampung seterusnya melangkah ke bandar memberi suatu fenomena baru buat aku tentang hakikat dunia sebenar. Bermacam juga perkara yang boleh aku perhatikan sepanjang perjalanan ini. Di kala mata melihat keindahan alam ciptaan Allah, mulut dan hati bertasbih memuji kebesaranNya.

Aku tak mengatakan bahawa tinggal di kampung ini tidak baik tetapi hakikat hidup ini perlulah kita melakukan perubahan dari masa ke semasa. Keluar daripada kampung ini barulah tersedar diri ini, bahwa dunia ini bukan seperti apa yang kita gambarkan. Dunia luar ini lebih mencabar, membuka minda, banyak belajar benda baru dan sedar akan tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

 "Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati(akal) mereka dapat memahami?" (surah al-Hajj ayat 46) 


Program demi program, perjalanan demi perjalanan telah aku lalui dan tempuhi demi untuk menghayati apa erti hidup yang sebenarnya.  Alhamdulillah, sesungguhnya musafir itu adalah suatu pengalaman yang mana ia mendidik diri seterusnya meluaskan pandangan hidup terhadap kehidupan. Ruangan, kesempatan dan luangan masa aku isi sepenuhnya dengan bermusafir. Benar, dalam bermusafir itu memenatkan namun disebalik kepenatan itu terselit suatu kepuasan yang bermakna buat diri.

 Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal. (Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman)

Sesungguhnya menuntu ilmu dan musafir itu memerlukan pergorbanan. Jiwa hamba yg manakah tidak pernah merasai susah dan jerih menuntu ilmu? Aku menyeru kepada pembaca serta sahabat, jika mampu bermusafir atau mengembara di bumi Allah ini. Lihatlah kebesaran Allah dengan mata hati dan hayati serta fikirkanlah  tentang apa yang berada disekeliling kita! Tinggalkan kejahilan kita yg lama,mulakan langkah pertama utk menuntut ilmu,kerana untuk mengenal Allah,kita sgt-sgt perlukan ilmu.


.

0 comments:

Post a Comment