-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Monday, June 18, 2012
Ulama dan Politik
Sunday, May 13, 2012
Felda dulu dan kini - Aku dulu dan kini
Saturday, July 30, 2011
Teguhnya Yusuf
Saturday, July 16, 2011
Ayuh Pemuda!
Tuesday, June 7, 2011
Tak der maknenyer
Friday, April 1, 2011
April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol
Hari ini adalah hari April Fool atau, jika diterjemahkan secara harfiah, April Trick (Tipu Daya April). Tetapi berapa banyakkah di kalangan kita, terutama orang Islam, tahu tentang rahsia pahit di sebalik hari ini?
Menurut kajian, pada abad ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam. Orang-orang Kristian, menerusi kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan (kesolehan) kaum Muslimin. Jadi, orang Kristian bertindak melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik, tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua ini tersedia ada secara meluas dan bebas.
Friday, March 25, 2011
25 pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...
1. Hai anakku ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam. layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah.
3. Hai anakku, bilamana engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Saturday, March 5, 2011
Pemimpin berperibadi Zuhud
Soal pemimpin ini adalah satu benda yang penting dalam hidup bermasyarakat ini. Tanpa pemimpin segala aturan akan jadi tidak sistematik. Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang pemimpin yang aku kagum kerana walaupun hanya memerintah selama 2 tahun tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar tehadap negaranya. Sehinggakan hari ini pun dia masih diingati oleh mayarakat umat islam. Peribadinya yang yang paling menonjol adalah kezuhudan beliau dalam mentadbir sebuah negara. Walaupun dunia ini di bawah tapak kaki beliau tapi tetap mengejar apa yang di syariatkan kepada dia. Berbeza dengan pemimpin masa kini, bukan mengejar dunia sahaja malah mereka memperlekehkan orang orang yang memperjuangkan hukum Tuhan. Adakah orang2 seperti ini layak jadi seorang pemimpin.Monday, February 14, 2011
Muhammad Bouazizi - Pencetus revolusi
Nama sebenar beliau adalah Tarek el-Tayyib Mohamed Ben Bouazizi atau di panggil sebagai Mohamed Bouazizi. Tapi siapakah sebenar orang ini ? Adakah dia merupakan seorang yang hebat? atau seorang yang berjaya? atau seorang pemimpin? Dia adalah seorang penjual jalanan Tunisia yang menjual sayur . Bagaimana seorang penjual sayur boleh mencetuskan " revolusi " ? Revolusi seperti yang kita tahu ia merupakan satu perkataan yang "besar" kerana ia melibatkkan perubahan yang ketara oleh masyarakat sekeliling malah seluruh dunia. Pemuda ini telah menbawa kejayaan demostrasi di Tunisia dan mencetuskan protes di beberapa negara Arab yang lain seperti di Algeria, Mesir, Jordan, Libya, dan Yaman.Dan kejayaan yang paling ketara ialah pada tarikh 11 Februari 2011 iaitu ketika Hosni Mubarak mengundurkan diri, menamatkan pemerintahannya 30 tahun sebagai presiden Mesir .Thursday, February 10, 2011
Kehebatan 313
Monday, January 10, 2011
Muhammad Al-Fateh- Sebaik-baik pemimpin
Thursday, December 23, 2010
Kalendar Hijrah Vs Kalendar Masihi
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku terasakan bahang di dalam menyambut tahun baru nie, tetapi dalam sambutan Awal Muharram dulu aku x merasakannya. Mungkin salah aku jugak kerana duduk bilik je sampaikan bahang Awal Muharram nie tak terasa. Walaupun Awal Muharram ini telah lepas dan tahun baru bakal menjelma, aku nak berkongsi sedikit mengenai tahun tahun ini. Di kesempatan ini juga, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.Dan cuba kita tengok jugak sejarah bulan bulan Masihi dan bandingkannya.Monday, December 6, 2010
KINGDOM OF HEAVEN
Filem Kingdom Of Heaven mengisahkan Perang Salib. Kisah itu dimulakan dengan gencatan senjata antara tentera islam yang di ketuai oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan tentera Kristian yang menguasai Jerussalam ketika itu. Dalam perang salib ini, Salahuddin Al-Ayyubi menunjukkan sifat kemanusiaan yang teramat tinggi. Ia adalah antara cerita yang sekurang kurangnya tidak "bias" sebaliknya melibatkan fakta2 sejarah.Saturday, October 9, 2010
Tingginyer..
Teringat kembali zaman kecik2 dulu mase darjah 2, time tu 1st time datang KL .Ketika itu, jam menunjukkan pkul 7 pagi dan aku masih dalam bas. Benda pertama aku Nampak mase aku bangun tido adalah menara Kl walaupon bukan setinggi menara KLCC, tapi ketinggian menara KL tu da cukup membuatkan aku rase kagum. Perasaan aku mase tu, rase macam nak terjun je dari atas menara KL tu (biasalah budak kecik ..wakakaka)..tapi sekarang da besar ,tengok KLCC lame2 pown macam tengok bangunan yang lain2..cume tinggi skit jek..











