• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, July 16, 2011

Ayuh Pemuda!

Nak kate aku nie aktif, x de la sangat. Nak kate aku nie pasif, boleh la gak. Aku sebagai seorang mahasiswa sememangnya perlu menuntut ilmu hingga berjaya seperti apa yang diimpikan. Hampir seluruh mahasiswa adalah tergolong daripada golongan muda. Dan apakah sebagai seorang mahasiswa kita perlu menggunakan 100% untuk belajar. Kalau ditanya diri balik, semestinya tidak, kerana ada masanya kita bersosial dan ada masanya kita beriadah dan ada masanya kita lakukan aktiviti2 lain. Ini kerana kita sebagai mahasiswa ataupun pemuda bukanlah robot yang menunggu exam sahaj atau patung yang hanya menghadap komputer menulis case report. Kita sebagai pemuda mempunyai cita cita dan wawasan yang tersndiri dalam menjalani kehidupan seharian kita.

 Kalau nak dibandingkan aku dengan Muhammad Al fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Ayubi,  Imam Syafie', sumbangan aku terhadap islam ini adalah terlalu kecil berbanding dengan diaorang. Bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil dan pelik untuk mencapai apa yang dicitakan mereka itu.  Yang membezakan kita dan mereka adalah mereka mempunyai cita cita dan berwawasan tinggi untuk mencapai apa yang mereka kehendaki.

Tiada ummah yang mampu mengubah negara, kecuali pemuda terlebih dahulu mengubah diri sendiri. Para pemuda yang takut bukanlah golongan yang layak duduk di saf hadapan. Seperti apa yang aku lihat di perhimpunan bersih yang lepas, antara pemuda yang hadir adalah mereka yang terdiri daripada pemuda"punk" yang mengubah selera nafsu mereka. Ini menunjukkan mereka ambil berat terhadap ummah dan bimbang terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka kerana ia akan memberikan impak kepada generasi yang akan datang.

Perlu diingat juga bahawa generasi islam bergantung sepenuhnya diatas usaha generasi yang akan datang untuk meneruskan tamadun Islam dalam bentuk ilmu yang diwarisi dari generasi yang sebelumnya. Ini supaya umat Islam tidak kehilangan "identiti" kita dan membezakan kita dari bangsa bangsa lain di dunia.  Maka hendaklah kita mengamati tahap keseriusan masalah ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah. Masalah ini bukan hanya meliputi masalah pelajaran semata mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus.

" Kami ceritakan kepadamu( Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." Surah Al- Kahfi Ayat 13.

 Ayuh lah PEMUDA!! Ayuh kita semarakkan api semangat yang terpendam ini. Jangan dibiarkan masa muda kita berlepas begitu sahaja. Aku yakin suatu hari nanti aku akan menyesal kerana masa mudaku tidak digunakan sepenuhnya dalam  menegakkan agama Allah.

Ayuh lah PEMUDA!! jangan terus leka dan lena. Jangan kita terus alpa dan lupa bahawa kita mempunyai tanggungjwab yang besar terhadap Islam. Allah sentiasa berada disamping kita dan Dia sentiasa menunggu kepulangan kita di atas Jalan - jalanNya. Allah lah sebaik baik tempat bergantung.

.

0 comments:

Post a Comment