• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Sunday, April 10, 2011

Adakah ini pilihan aku?

Seminggu selepas exam membuatkan hatiku terasa tak tenang memikirkan keputusan aku. Adakah usaha aku memadai dengan apa yang aku sudah belajar? Oleh kerana ke"tension"an ini, tiba2 aku terfikir tentang hidup aku sekarang nie adalah pilihan aku atau tak? aku tak pilih untuk hidup macam ni yakni menjadi seorang yang kadang2 hilang arah tujuan bukan lah pilihan aku. Menjadi seorang yang kadang kadang tak kenal diri sendiri bukan jugak pilihan aku. Menjadi seorang winner di mata semua orang tp loser pd hakikatnya jugak bukan pilihan aku! So mana pulak datangnya kata2 bahawa HIDUP ITU ADALAH SEBUAH PILIHAN?

Sunday, April 3, 2011

Doa segerakan proses penyembuhan

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Surah Al Ghafir : Ayat 60)

Penyakit adalah salah satu contoh ketika seseorang itu merasai kebergantungan terhadap Allah. Tambahan lagi, penyakit ini juga merupakan sebuah ujian yang dirancang atas Kebijaksanaan-Nya, supaya memberi peringatan kepada manusia yang lalai dengan nikmat2 dunia.

Friday, April 1, 2011

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol


Hari ini adalah hari April Fool atau, jika diterjemahkan secara harfiah, April Trick (Tipu Daya April). Tetapi berapa banyakkah di kalangan kita, terutama orang Islam, tahu tentang rahsia pahit di sebalik hari ini?
Menurut kajian, pada abad ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam. Orang-orang Kristian, menerusi kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan (kesolehan) kaum Muslimin. Jadi, orang Kristian bertindak melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik, tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua ini tersedia ada secara meluas dan bebas.