• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Sunday, April 3, 2011

Doa segerakan proses penyembuhan

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Surah Al Ghafir : Ayat 60)

Penyakit adalah salah satu contoh ketika seseorang itu merasai kebergantungan terhadap Allah. Tambahan lagi, penyakit ini juga merupakan sebuah ujian yang dirancang atas Kebijaksanaan-Nya, supaya memberi peringatan kepada manusia yang lalai dengan nikmat2 dunia.


Mereka yang hidup tanpa iman, hanya berfikir cara untuk sembuh adalah dengan ubat ubatan dan kecanggihan teknologi terkini. Golongan seperti ini tidak pernah memikirkan bahawa Allah-lah yang menyebabkan sistem2 di dalam badan kita ini berfungsi samaada kita berada di dalam keadaan baik mahupun berada keadaan sakit. Mereka hanya berbalik kepada Allah ketika mereka sedar yang ubat ubatan dan teknologi canggih ini tidak dapat menyembuhkan mereka. Orang orang seperti ini baru menyadari yang hanya Allah yang dapat mengeluarkan mereka dari masalah ini. Allah telah berfirman  tentang manusia yang mempunyai corak pemikiran seperti ini iaitu mereka yang meminta daripada Allah ketika tiada jalan keluar lain:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring , duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali ( ke jalan yang sesat) , seolah olah dia tidak pernah berdo'a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan. (Surah Yunus, ayat 12)

Walaubagaimana situasi kita sekarang samada dalam keadaan sihat, sakit ataupun berada dalam kesulitan, seorang itu haruslah berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas keselesaan, kesihatan, keselamatan dan juga semua nikmat yang diberi olehNya.

Di dalam doa, terdapat aspek2 yang penting yang perlu diambil kira. Di samping berdoa dengan ayat yang jelas, penting juga seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang di doa itu. Doa yang di iringi dengan usaha bereerti melakukan segala sesuatu yang mugkin untuk mencapai keinginan yang tertentu.. Sebagai contoh, di samping berdoa, orang yang sakit juga perlu berjumpa dengan dokor , memakan ubat yang bermanfaat, menerima rawatan dari hopital atau beberapa bentuk rawatan khusus yang lain. Sebab segala sesuatu di dunia dan di alam semesta ini terjadi adalah disebabkan "penyebabnya". Oleh kerana itu, kita haruslah mengambil tindakan yang sesuai dengan "penyebab" nya itu. Namun, semua hasilnya datang daripada Allah. Oleh itu, kita haruslah menunggu hasil dengan kesabaran, rendah diri dan berserah kepada Allah


Kesan daripada iman dan doa memberikan impak yang positif kepada pesakit dan ini akan  mempercepat proses rawatan. Dan ini telah menarik perhatian dan disarankan oleh para doktor.Di bawah edisi majalah Newsweek bertajuk "God and Health: Is Religion Good Medicine? Why Science Is Starting to Believe, " , mereka melaporkan bahawa kepercayaan terhadap Tuhan akan memberi semangat kepada pesakit dan membantu mereka pulih. Menurut tinjauan Newsweek, 72% orang Amerika mengatakan mereka percaya bahawa berdoa dapat menyembuhkan serta memulihkan seseorang.

Menurut penemuan di Universiti Rush di Chicago, kadar kematian di dalam kalangan orang-orang yang menyembah dan berdoa secara teratur adalah sekitar 25% lebih rendah berbanding pada mereka yang tidak mempunyai keyakinan agama. Kajian yang lain dilakukan pada 750 orang yang menjalani angiocardiography, ini juga membuktikan "kekuatan penyembuhan dari doa." ini.  Kajian ini menunjukkan bahawa kadar kematian di antara pesakit jantung yang berdoa menurun 30% dalam masa setahun selepas operasi mereka.

Penyelidikan di Inggeris dan Amerika Syarikat juga telah menyimpulkan bahawa doa dapat mengurangkan simptom pesakit dan mempercepatkan proses pemulihan.

Contoh doa-doa yang disebutkan dalam Al-Quran adalah:

Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuahnnya, " (Ya Tuhanku), sungguh, aku telah di timpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang." (surah Al- Anbiya', ayat 83)

Dan (ingalah kisah) Zun Nun(yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, "Tidak ada tuhan Selain Engkau, MahaSuci Engkau. Sungguh aku termasuk orang orang yang zalim." Maka Kami kabulkan (doa)nya dan kami selamatkan dia dari kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang orang yang beriman.(surah Al- Anbiya', ayat 87 - 88)

Dan (ingatlah kisah) Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, " Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik". Maka kami kabulkan (doa)nya, dan kami anugerahkan kepadanYahya, dan kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh mereka selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang orang yang khusuk kepada kami.(surah Al- Anbiya', ayat 89 - 90)

Seperti apa yang disebutkan tadi, doa bukan hanya dapat menyembuhkan sakit malah dapat menyelesaikan masalah yang lain. Seorang mukmin yang tulus haruslah selalu berdoa kepada Allah dan menerima apapun yang datang dari-Nya samada musibah ataupun nikmatNya. Fakta bahawa manfaat dari doa terungkap didalam ayat Al-Quran kini sedang diakui secara ilmiah, sekali lagi ia mendedahkan keajaiban Al-Quran.

Rujukan:  http://usramedic.blogspot.com/

.

0 comments:

Post a Comment