• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, March 30, 2011

Ayuh Pemuda Islam!!

Hari ini aku datang ke surau untuk mendengar sedikit ceramah dari "pak cik" yang menjadi sukarelawan semasa Viva Palestina. Ekspidisi Viva Palestina ini melibatkan perjalanan melalui britain, france dan bandar2 besar yang lain. Tujuan ekspidisi ini bukan sahaja menghantar bantuan kemanusian malah melibatkan kempen besar besaran sepanjang perjalanan tersebut. Misi ini melibatkan 400 orang sukarelawan yang datang daripada 30 buah negara. Kat sini aku bukan nak cerita tentang berjayanya misi ini, tetapi aku nk cerita mengenai pengalaman daripada "pak cik" nie yang melihat perkara yang sebenar yang berlaku di Palestine. Mendengar cerita mengenai pemuda2 palestine, aku sebagai seorang pemuda sememangnya malu terhadap pemuda pemuda2 palestine. Mereka mempunyai keberanian yang tinggi berjuang dalam mempertahankan hak mereka seorang islam. Walaupun mereka hidup di kelilingi pagar2 bagaikan penjara yang luas tetapi semangat jihad mereka tetap utuh menetang zionis.

Friday, March 25, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

1. Hai anakku ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam. layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah.

3. Hai anakku, bilamana engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Saturday, March 5, 2011

Pemimpin berperibadi Zuhud

 Soal pemimpin ini adalah satu benda yang penting dalam hidup bermasyarakat ini. Tanpa pemimpin segala aturan akan jadi tidak sistematik. Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang pemimpin yang aku kagum kerana walaupun hanya memerintah selama 2 tahun tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar tehadap negaranya. Sehinggakan hari ini pun dia masih diingati oleh mayarakat umat islam. Peribadinya yang yang paling menonjol adalah kezuhudan beliau dalam mentadbir sebuah negara. Walaupun dunia ini di bawah tapak kaki beliau tapi tetap mengejar apa yang di syariatkan kepada dia. Berbeza dengan pemimpin masa kini, bukan mengejar dunia sahaja malah mereka memperlekehkan orang orang yang memperjuangkan hukum Tuhan. Adakah orang2 seperti ini layak jadi seorang pemimpin.

Friday, March 4, 2011

Aku dah berusaha! tapi..(revisit)

Aku dah berusaha tapi hasilya tidak begitu memuaskan. Dan ini sering kali terjadi kat aku dan aku merasakan apa yang aku buat selama ini adalah perkara yang sia sia. Kadang kadang rasa diri ini malas nak berusaha, kalau nak berusaha pun keputusan nya still sama jer. Antara "hasil" daripada "usaha" mana yang lebih penting? Aku sebagai seorang pelajar sememang nya hendak mencapai keputusan yang baik dalam setiap bidang yang aku ceburi. Tapi di sebalik keputusan baik tersebut mesti ada usaha yang baik. Tapi setiap usaha yang baik tidak semestinya mendatangkan hasil yang baik. Hurmmm, pening tuh....