• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, March 25, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

1. Hai anakku ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam. layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah.

3. Hai anakku, bilamana engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


4. Hai anakku, Orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawwaduk kepada Allah , dia  akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang kerana berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar sebenar takut(takwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7. Hai anakku, Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak percayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamun hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.

9.Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka, bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah sajalah yang layak menkadi utusan.

10.Jauhilah sifat berdusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta iru memberi akibat yang bahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, taziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah menziarahi orang mati, kerana ia akan mengigatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengigatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku jangan engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah memuntahkan saja pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nsihat daripada mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak dapat ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalunya baik tutur kata dan halus budi bahasamu seta manis wajahmu, engan demikian engkau akan disukai orang  melebihi sukanya seseorang terhadap insan lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Hai anakku, seandainya ibu bapa marahkepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu bagakan baja bagi tanam tanaman.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang yang terpedaya dengan duninya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana  engkau akan lebih selamat bila berdiam diri . Kalau berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang ain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mengelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, jangnlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan di sayangi, sesiapa yang pendam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkat kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapat dengan orang alim lagi berilmu. perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Janganlah engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermanfaat,


Rujukan:

0 comments:

Post a Comment