• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, June 28, 2011

Mencari ketenangan

Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan/dicelupkan dia ke dalam syurga, kemudian dikeluarkan. Lalu ditanya " Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup? " Dia kata, "Tak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini".Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka kemudian dikeluarkan. Lalu ditanya " Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?" . Dia kata "Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini". (riwayat Muslim no. 2807)

Tuesday, June 7, 2011

Tak der maknenyer

Kadang kadang aku terfikir ape yang aku buat skarang nie(berblogging) ade makne ke tak. Buat blog tapi  x de orang bace,  shout box kosong,   follower xde, komen pown x de, . Adakah, bende yang aku buat nie sia sia? Patutkah aku menghentikan keje yang sia2 nie? Mungkin aku kene tengok balik nawaitu aku buat blog. Tulisan kecil aku nie mungkin tak mampu menandingi tulisan para ulamak dan para ilmuwan yang kaya dengan ilmu pengetahuan yang mana tulisan mereka penuh dengan hikmah yang mampu mengerakkan hati kita. Namun walau sekecil manapun usaha kita Tuhan tetap memandang usaha kita walaupun hasilnya tidak seberapa. Cube kite renung renungkan cerita seekor binatang di dalam kisah Nabi Ibrahim.

Thursday, June 2, 2011

Kerdilnya aku

Ramai member2 aku da ramai yg mempunyai blog sendiri. Ade blog yg based on kehidupan, ade yg menceritakan mengenai novel, ade yang mengenai islamik dan yg ntah ape2 pown ade. Aku mule terfikir mengenai blog aku buat nie. Apa niat sebenar aku buat blog nie? adakah untuk mencapap? ataupun memang da x de keje lain nak wat. Blog nie mungkin boleh dikategorikan sebagai blog "muhasabah diri" agar aku dpt membina jati diri aku menjadi mukmin yang sebenar. Kalau melihat diri aku balik, memang aku nie tak layak untuk memberikan sebarang pandangan mengenai ilmu apatah lagi sebagai rujukan. Kerana aku sedar, aku masih lagi merangkak dalam pencarian ilmu sama ada di bidang yang diceburi apatah lagi di dalam bidang yang lain.  

Wednesday, June 1, 2011

Hadis lalat dan kajian saintifik

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”

[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]