• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, January 24, 2011

CNS ooo CNS

“…Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah…”
(Surah Al-Alaq: ayat 14-15)

Thursday, January 13, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Hari nie aku pergi lawatan belajar di Jabatan Kebajikan Masyarakat di GrandSeason. Lawatan ini adalah sempena Modul CHC "Comprehensive Health Care". Kat situ group aku meng"interview" kanselor2 kat situ. Walaupun sesi bersama kaunselor sekejap jer, dalam 50 minit, tapi banyak ilmu yang dicurahkan. Salah satu kaunselor kami bernama En. Azhar dan beliau merupakan staff di sektor Ekonomi Bantuan. Dia menceritakan tentang bantuan2 yang mereka berikan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Tapi apa nak di tekankan disini adalah tentang "perangai" masyarakat Malaysia terhadap bantuan2 yang diberikan kepada mereka.

Monday, January 10, 2011

Muhammad Al-Fateh- Sebaik-baik pemimpin

Memang sungguh mengagumkan kisah Muhamad Al Fateh. Start daripada bayi lagi sehingga berjaya menawan konstatinople. Menurut aku dia merupakan antara contoh contoh remaja islam yang patut di ikuti. Walaupun masih muda , dia mampu menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik skali. Disini boleh di lihat sifat kematangan beliau pada usia muda lagi. Aku? masih berusaha untuk mengenal diri sendiri. Kalau nak di bandingkan dengan aku, aku jauh ketinggalan dengan dia.Mari kita baca bersama kisah Muhamad Al Fateh yang di gelar " Sebaik baik pemimpin dan Sebaik baik pemuda"

Saturday, January 8, 2011

Nikmat Berganda

Walaupon End Of Modul GIT aku fail. Mungkin ada dugaan di sebalik apa yang berlaku. Di dalam pembelajaran sistem sitem badan manusia di tahun 2 ini, modul nie mungkin memberi penangan yg hebat kat aku. Mungkin silap aku yang kurang menghargai apa yang berlaku dalam badan aku sendiri . Tanpa kita sedar, sistem2 inilah yang membantu kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba. Namun kita sering alpa dengan perkara2 yg berlaku disekeliling kita tanpa memikirkan "nikmat yg berganda" yang Allah berikan kepada kita.

Monday, January 3, 2011

Budak Comey

Aku tulis entry nie sebab baru baru nie aku telah menghadiri forum "Hijrah dari kegelapan kepada cahaya" sempena program Sinar Bakti. Walaupon tajuk forum nie x de kene mengena dengan entry nie tapi dalam forum tu Abg moderator telah menyetuh sedikit mengenai tentang kes2 anak luar nikah.Sungguh menyedihkan apabila, anak luar nikah ini telah “dinafikan” sendiri oleh “ibu” dan “bapa” mereka sampai ada yang sanggup membuang mereka. Cuba bayangkan setiap tahun kita melihat anak anak secomel ini berada di tong tong sampah  dan mereka di kelilingi ulat ulat sampah dan semut semut merah. Saban tahun, statistik peningkatan anak luar nikah semakin menjadi jadi. Tapi kenapa ramai lagi masih berdiam? Kenapa kita masih berdiam? Adakah anak yang dibuang itu bukan anak kita sehinggakn kita tidak menolong mereka? Atau hanya setakat memberikan simpati kita cukup untuk menyelesaikan masalah ini?