• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, January 24, 2011

CNS ooo CNS

“…Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah…”
(Surah Al-Alaq: ayat 14-15)

Otak kita nie merupakan salah satu nikmat yang terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Sebab inilah kita dapat mengerjakan aktiviti seharian kita melalui stimulus2 yang diterima. Dan stimulus2 ini akan dianalisis supaya badan kita dapat memberi respon mengikut situasi yang tertentu. Respon yang dihasilkan adalah sama ada "Voluntary action" atau "Involuntary action"(reflex action). Tapi bagi aku, tentang proses bagaimana berlakunya dan name2 bahagian yang terlibat terlalu complex untuk difahami dan dihafal. Supaye Tuhan memberkati aku dalam mempelajari ilmuNya.

Dalam Al-Quran , ALLAH SWT telah berfirman:
 
 (Surah Al-Alaq: ayat 14-15)

“…(14)Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?(15)Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),(16)Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah…”
Jika diteliti semula, ayat ini mengkaitkan ubun-ubun dengan perbuatan dusta dan derhaka . Jadi, para saintis cuba mengeluarkan persoalan kenapa ALLAH SWT mengkaitkan dua perkara tersebut.  
1. Bagaimanakah ubun-ubun mampu mengubah tingkahlaku seseorang ? 
2. Apakah kaitan menipu dengan ubun-ubun?

Menurut Lecture note yang aku bace, otak nie boleh di bahagikan mengikut fungsi nya. Ada kawasan yang mengawal percakapan (broca), menganalisis (wernicke area), pergerakan otot(motor) , penglihatan(occipital lobe), pendengaran(temporal lobe) dan lain-lain lagi. Jadi, ubun-ubun yang dijelaskan dalam ayat al-quran merujuk bahagian hadapan tengkorak dan ia merujuk kepada prefrontal area. Kawasan ini merupakan sebahagian daripada limbic system iaitu sistem yang menguruskan emosi, jangkaan, memori dan perangai seseorang. Prefrontal area berperanan dalam mengekspresskan emosi dan mampu menjangka akibat perbuatan yang dilakukan. Ia juga dikatakan pusat aggresif dalam otak.

Oleh itu, kawasan ini mampu mengawal seseorang samada ingin menipu atau menerangkan perkara yang benar. Penemuan fungsi prefrontal area ini baru sahaja dibuktikan oleh para saintis sekitar 70 tahun yang lalu mengikut Prof. Keith L. Moore tetapi telah diterangkan al-quran yang memakan ribuan tahun lalu. 

Sesungguhnya kebenaran Al Quran memang sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh itu, mari kita sama sama mengamalkan membaca Al Quran serta memahami maksudnya yang tersirat moga2 ilmu yang tersirat itu dapat dihayati dan di amalkan oleh kita. InsyaAllah.

Rujukan 
http://www.islam-guide.com/frm-ch1-1-d.htm

0 comments:

Post a Comment