• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, February 10, 2011

Kehebatan 313

Angka 313 ini adalah bilangan umat islam yang pergi berperang di perang badar. Angka ini juga hampir serupa dengan movie spartan "300" yang aku tengok dulu. Effect dalam movie nie memang gempak di tambah lagi dengan aksi perlawanan yang menarik. Tapi jika aku teliti betul2, musuh2 "spartan" ini di antaranya ialah orang islam. Mereka mengambarkan dalam cerita ini orang islam tidak mempunyai moral langsung. Adakah betul semua yang di ceritakan ini? Aku cuba bandingkan dengan peperangan badar yang aku baca dalam sebuah buku. Walaupun effect melalui "pembacaan" perang badar nie tidak setanding effect movie "300". Tetapi, oleh kerana hebatnya umat islam ketika itu, ia telah memberikan effect yg mendalam kat aku. Marilah kita teliti lagi sejarah mengenai perang badar


Allah menamakan peperangan badar ini Yaumuk Furqan atau Hari Perbezaan kerana pada hari itu berlaku perbezaan antara kebenaran dan kebatilan sehingga tertonjol kebenaran. Pada hari itu juga Allah memusnahkan pemimpin bukan islam. Peristiwa perang badar ini berlaku pada tahun kedua hijrah dan jalan cerita ini start apabila masyarakat islam di Madinah semakin stabil .

Kumpulan Pengintip bagi menyekat ekonomi Quraisy

Selepas masyarakt islam di Madinah semakin stabil, Muhammad ingin memulakan jihad dengan Quraisy. Muhammad mahu menyekar kekuatan ekonomi mereka yang belum islam. Dengan itu dapat melemahkan kedudukan mereka yang terlalu memusuhi islam. Melalui operasi operasi ini, Muhammad ingin menyampaikan mesej kepada Quraisy bahawa mereka mesti berlembut dengan orang islam dan memberi peluang kepada umat islam menyampaikan dakwah dengan bebas kepada orang ramai. Selain itu, Quraisy mesti membenarkan orang islam masuk ke Mekah untuk beribadah. Kalau tidak kepentingan mereka akan tergugat. Pasukan pasukan ini juga mengambil peluang menyampaikan islam kepada suku suku yang mereka lalui.

Sebelum Berperang


Muhammad dan Abu Bakar keluar mencari maklumat. Akhirnya Muhammad berjaya mendapat maklumat orang bukan islam sudah berada di Al- Udwatul Quswa iaitu tempat yang terletak di sebelah selatan Badar. Muhammad segera mengarahkan tentera islam bergerak ke arah Badar. Apabila melepasi Al Udawatil Dunya iaitu tempat sebelah utara, Muhammad berhenti berkhemah disitu. Kemudian Khabab bin Munzir datang berjumpa Muhammad. Dia adalah salah seorang pakar strategi perang di kalangan para sahabat. Dia bertanya kepada Muhammad, "Wahai pesuruh Allah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada Tuhan ataupun atas dasar strategi perang? "Muhammad berkata, "Ini strategi."

Khabab meminta izin memberi cadangan. Khabab berkata, "lebih baik kalau kita bergerak ke depan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Selepas itu kita timbus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang bukan islam tidak dapat bekalan air." Muhammad bersetuju dengan cadangan Khabbab. Tentera islam berkhemah di tepi telaga Badar yang paling baik dan semua telaga yang lain di timbus. Kemudian Muhammad memerintahkan dibuat kolam di tepi perigi itu supaya mudah mengambil air.

Pada malam sebelum pertempuran, Allah menurunkan hujan. Ia menambahkan bekalan air tentera islam dan tanah menjadi semakin padat yang memudahkan tentera islam bergerak. Hujan juga turun di sebelah Quraisy, tetapi lebih lebat sehingga tanah dari tempat mereka ke medan Badar menjadi berselut dan semakin menyusahkan pergerakan mereka

Pada malam itu, Allah mendatangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga tentera Islam dapat berehat sebelum peperangan selepas bermunajat dan bersembahyang malam. Allah menceritakan hal ini di dalam al-Quran ayat 11 surah al-Anfal yang bermaksud , " Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai suatu pemberian amaln daripada Allah bagi menghapuskan kecemasan kamu. Dan ingatlah ketika dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit bagi menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan kamu gangguan syaitan dan juga bagi menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu di medan perjuangan."

Ini semua persiapan Allah bagi kemenangan umat islam dalam peperangan. Kemudian Muhammad pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera islam ialah Ali bin Abi Talib dan Mus'ab bin Umair dan wakil wakil di kalangan Muhajirin dan Ansar iaitu orang orang islam yang sudah menetap di Mekah.

Apabila orang bukan islam tiba, mereka melihat Muhammad dan para sahabat sudah bersedia dan tidak ada lagi telaga bagi bekalan air. Oleh itu mereka terpaksa berkhemah tidak jauh dari tentera islam. Masing masing membuat persiapan. Pada masa itu, Muhammad yang di temani oleh Abu Bakar berada di khemah khas terus bermunajat dan berdoa kepada Allah. Antara doa Muhammad, "Ya Allah, kalau tentera ini tewas, engkau tidak akan disembah dimuka bumi lagi ."

Muhammad terus berdoa kepada Allah sehingga Abu Bakar menjadi kasihan melihat keadaan Muhammad. Selepas itu, Muhammad membuat satu barisan tentera islam sahaja. Tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan yang di bahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan.

Pada masa itu, berlaku peristiwa di mana semasa Muhammad meluruskan barisan, ada seorang sahabat yang berbadan besar dan perutnya terkedepan. Muhammad dengan tongkatnya menyentuh perut sahabat ini supaya bergerak sedikit ke belakang. Sahabat itu terus mengeluarkan kata kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya " Wahai pesuruh Allah, engkau menyakitiku. Aku mahu qisas iaitu membalas perbuatan kamu wahai pesuruh Allah"

Semua sahabat terkejut dan ada yang marah. Tetapi sahabat ini tetap berkeras menuntunya. Akhirnya Muhammad memberikan tongkatnya dan membuka belakang beliau untuk diqisas. Melompat sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Muhammad. Beliau bertanya " Apa yang kamu buat ini wahai sahabat." Sahabat ini berkata , "Wahai pesuruh Allah, engkau pun tahu betapa cemas suasana pada masa ini. Aku rasa aku akan syahid pada hari ini. Tetapi sebelum aku syahid, aku ingin mendapat keberkatan daripada tubuh kamu."

Peperangan badar bermula dengan satu lawan satu  



Filem "The Message" yang menggambarkan pasukan Muslim dalam Pertempuran Badar.

 Peperangan bermula dengan satu lawan satu. Orang bukan islam Quraisy yang pertama keluar adalah Aswad bin Abdul  Asad. Dia bersumpah tidak akan pulang kebarisan tentera bukan islam melainkan dapat minum air dari kolam islam. Hamzah keluar menentang Aswad. Hamzah berjaya memenggal kaki Aswad. Dia merangkak ke kolam bagi menunaikan sumpahnya. Di situ, kepalanya dipenggal oleh Hamzah.

Selepas itu, Keluar Uthbah bin Ra'biah dan anaknya Walid bin Uthbah serta saudaranya Syaibah bin Rabi'ah. Tiga orang pembesar dan panglima tentera islam keluar mencabar tentera islam, Serta merta tiga orang pahlawan Ansar iaitu Muaz bin Afra', Auf bin Afra' dan Abdullah bin Rawahah. Apabila Uthbah mengetahui mereka adalah orang madinah, Uthbah meminta Muhammad mengeluarkan Quraisy yang sekufu dengan mereka. Muhammad memilih Ubaidah bin Harith bin Abdul Mutalib, Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib iaitu sepupu beliau dan Hamzah bin Abdul Muttalib bapa saudara beliau.

Dalam masa yang singkat, Hamzah dan Ali dapat mengalahkan lawan masing masing. Dua orang panglima bukan islam tumbang. Ubaidah dan Uthbah bin Rabi'ah masing masing berjaya mencederakan lawannya. Kedua dua mereka jatuh. Hamzah dan Ali datang mengangkat Uthbah dan membunuh Uthbah. Panglima bukan islam yang ketiga gugur.

Orang bukan islam Quraisy tidak berani lagi melawan satu lawan satu. Tiga orang panglima mereka gugur sekali gus. Mereka mahu menyerbu terus tentera islam. Seterusnya Muhammad membuat arahan yang pelik tetapi luar biasa. Muhammad memerintahkan tentera islam duduk berlutut dan menunggu kemaraan tentera bukan islam, Tenteras bukan islam pelik melihat strategi kerana biasanya orang menyerbu terus ke arah lawan. Muhammad memberi arahan , " Kalau mereka memanah, kamu bertahan di belakang perisai. Kalau mereka menyerbu, kamu bangun dan hadapi mereka secara serentak."

Tentera bukan islam mula menyerbu. Abu Jahal memerintahkan tenteranya memanah tentera islam. Tentera islam bertahan di belakang perisai daripada panahan tetapi ada dua anak panah yang mengena, Satu terkena hamba Umardan satu lagi Harith bin Suraqah. Kedua duanya syahid.

Selepas peperangan, Abu Harith datang kepada Muhammad sambil menangis, " Wahai pesuruh Allah, apakah nasib Harithah? Dia mati sebelum perang berkecamuk. Adakah dia Syahid?" Kalau dia di tempatkan di syurga, aku sabar tetapi kalau bukan di syuga, aku akan meratapi dengan sehebat hebat ratapan." Pada masa itu ratapan belum di haramkan. Muhammad berkata , " Wahai ibu Harithah, bukan satu syurga tetapi lapan syurga." Harithah memperoleh Syurga Firdaus, mendengar berita itu, hati ibu tadi gembira dan tenang.

Apabila tentera Quraisy sudah dekat, Muhammad memerintahkan orang islam bangun bertempur. Muhammad melepaskan panglima panglima yang di lantik. Beliau pulang berdoa dan sembahyang di khemah yang di kawal oleh Abu Bakar. Sebelum Muhammad ke khemah, beliau memberi berita gembira kepada tentera islam. "Demi Allah, tidak ada seseorang pun di kalangan kamu yang di bunuh melainkan dia masuk syurga yang seluas langit dan bumi."

Muhammad yang sedang bermunajat itu didatangi mengantuk dan terlelap seketika. Apabila tersedar, beliau terlalu gembira. Abu Bakar pelik melihat kegembiraan beliau. Beliau berkata yang bermaksud, "Bergembiralah wahai Abu Bakar. Ini Jibril, di atas kuda putih mengetuai 1000 malaikat yang beriringan."

Peperangan ini adalah peperangan pertama yang disertai oleh malaikat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Muhammad begitu gembira pada masa itu. Beliau keluar dari khemah dan mengambil segenggam pasir lalu melontarkannya ke arah Quraisy sambil berdoa. Orang orang Quraisy yang beriman selepas di masuki habuk dalam peperangan badar. Allah menyatakan dalam surah Al Anfal ayat 17 bermaksud "Bukan kamu yang melontar ketika itu tapi Allahlah yang melontar."

Pada masa itu, Muhammad dan para sahabat hanya sebagai alat. Tapi Allah yang menyusun dan memenangkan orang islam dan Allah yang mengalahkan orang bukan islam dalam peperangan itu. Muhammad mengeluarkan arahan supaya tentera islam tidak membunuh Al-Buthturi yang menampar Abu Jahal semasa Abu Jahal menghalang orang menghantar makanan kepada keturunan Hasyim semasa diboikot , kerana dialah yang berusaha merungkai sekatan Quraisy. Beliau juga berpesan supaya tidak membunuh keluarga Hasyim kerana mereka datang berperang secara terpaksa bukan dengan kerelaan mereka. Beliau juga mengarahkan tidak dibunuh Abbas bin Abdul Muttalib.



Kisah- Kisah Sahabat Dalam Perang Badar

 Semasa peperangan terus berkecamuk, seorang sahabat daripada Ansar bernama Mujzir ternampak Abu al Buturi dan seorang sahabatnya. Mujzir berkata, "wahai Abu al Buhturi, sila jauhkan diri dari tempat ini. Muhammad melarang kami membunuh kamu." Tetapi Abu Buthuri tetap mahu mempertahankan sahabatnya. Mujzir memerangi sahabat Abu al Buhturi ini dan berusaha mengelak daripada Abu Buhturi. Tetapi, tiba suatu masa dia sudah tidak dapat mengelak lagi kerana Abu al buhturi mahu membunuhnya . Akhirnya dia terpaksa membunuh Anu al Buhturi. Selepas itu, Mujzir datang melaporkan apa yang terjadi dan meminta maaf kepada Muhammad . Beliau menerima apa yang sudah di lakukan.

Dalam peperangan itu, ada seorang tentera bukan islam yang memakai baju besi dari atas kepala sampai ke kaki. Tidak ada orang yang mampu mencederakannya . Sebaliknya, dia berjaya mencederakan ramai tentera islam. Akhirnya para sahabat mengadukan hal ini kepada Muhammad. Muhammad mengarahkan Zubair menyelesaikan masalan orang ini. Zubair adalah panglima islam yang gagah.

Zubair menceritakan apa yang berlaku, " Aku pergi kepada orang ini, aku berpusing sekelilingnya mencari kalau-kalau ada tempat yang dapat di tembusi tetapi tidak ada melainkan matanya. Orang itu terus mengamuk di medan perang dan mencederakan tentera islam,. Akhirnya, aku samai di depan orang ini dan aku mengambil panah. Aku memanah ke matanya dan tepat kene matanya sehingga menembusi belakang kepalanya. Matilah orang ini."

Antara sahabat yang cedera adalah Abu Qatadah. Beliau di luka di kepala dan sebelah matanya terkeluar ke pipinya. Dia dibawa ke belakang dan sahabat mahu memotong tali matanya. Abu Qatadah meminta supaya tidak memotong matanya sehingga dia berjumpa dengan Muhammad. Muhammad memanggil Abu Qatadah berjumpa beliau. Beliau mengambil biji mata Qatadah dengan tangannya dan di masukkan semula ke dalam matanya dan menyapu matanya. Abu Qatadah berkata, " Selepas itu aku tidak mengetahui mata sebelah mana yang cedera. " Mata Abu Qatadah kembali seperti sedia kala.

Pada masa itu, ada dua orang remaja daripada Ansar iaitu Muaz bin Afra' dam Auf bin Afra'. Seorang berumur 15 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun. Pada awal peperangan, apabila Uthbah mencabar tentera islam satu lawan satu, mereka berdua keluar  bersama Abdullah Bin Rawahah. Mereka berdua berada bersama Abdul Rahman bin Auf. Abdul Rahman berkata dalam hatinya, " Kalau boleh, biarlah orang yang di kiri kanan aku yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangn."

Salah seorang daripada mereka datang berbisik kepda Abdul Rahman supaya tidak dapat didengari oleh kedua. Katanya, "Wahai pakcik, Adakah Pak cik mengenal Abu jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepada aku, Aku ingin membunuhnya." Begitulah kemarahan anak muda ini kepada Abu Jaha. Dia mahu membunuh ketua orang Quraisy dalam peperangan itu, Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan soalan itu. Tetapi beliau berjanji menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Selepas itu, datang seorang lagi juga dengan soalan yang sama. Pada masa itu, baru Abdul Rahman bin Auf tenang berada di tengah  tengah dua remaja tersebut. Abu Jahal di kawal ketat oleh orang orangnya. Abdul Rahman menunjukkan kepada dua remaja itu yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat Abdul Rahman habis bercakap, kedua duanya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal. Mereka merempuh  barisan tentera bukan islam sambil menebas ke kiri dan ke kanan orang orang di sekililingnya Abu Jahal dengan pedang mereka. Akhirnya, kedua duanya sampai ke Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal terjatuh.

Semua orang tidak menyangka serbuan tangkas daripada dua orang remaja Ansar itu. Abu Jahal cedera parah dan jatuh tetapi masih bernyawa. Auf bin Afra' yang sedang berada di tengah tengah tentera bukan islam itu di bunuh oleh Ikhrimah anak Abu Jahal yang berada hampir dengan ayahnya. Muaz bin Afra' pula sempat berundur sambil memerangi tentera bukan islam yang mengasaknya. Akhirnya, sebelah tangannya terpotong tetapi masih tergantung di badan. Dia berjaya berundur sampai ke tempat tentera islam.

 Selepas dibalut tangannya, dia terus berperang lagi. Tetapi tangannya hampir putus itu menganggu pergerakkannya. Akhirnya dipijak tangan itu dengan kakinya sendiri dan diputuskan terus tangannya supaya mudah dia bergerak. Dia terus berperang sehingga syahid dalam peperangan Badar. Apabila tentera bukan islam tahu Abu Jahal sudah tewas, mereka mula berundur dan tentera islam mengejar dari belakang. Dalam peperangan Badar, seramai 70 orang tentera bukan islam terbunuh dan 70 orang dapat di tawan. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah apa yang berlaku ke atas Umayyah bin Khalaf. Dia di apit oleh anaknya. Apabila tentera bukan islam berundur, dia yang berbadan besar iitu tidak mampu lari. Kalau dia berunur pasti dia di bunuh. Dia mahu menyerah kepada orang yang dapat memberi jaminan keselamatan kepadanya. Dia takut di bunuh seperti yang diberitahu oleh Saad bin Mu'az. Pada masa itu, dia ternampak Abdul Rahman bin Auf. Dia dan anaknnya menyerah diri kepada Abdul Rahman.

Gambar Hiasan

Abdul Rahman seorang diri menarik kedua anak beranak ini tanpa sebarang perlawanan. Apabila lalu di tempat Bilal, Bilal menjerit " Umayyah, ketua orang bukan islam! Demi Allah aku tidak selamat jika dia selamat." Abdul Rahman menahan Bilal kerana kedua anak beranak ini sudah menjadi tawanan Abdul Rahman. Bilal akhirnya memberitahu kepada sekumpulan Ansar, "Adakah kamu mahu membunuh orang yang mengazab aku? Itu dia Umayyah bin Khalaf bersama dengan Abdul Rahman bin Auf." Abdul Rahman pula cepat cepat menarik Umayyah menuju ke tempat Muhammad. Umayyah tidak mampu lari. Badannya terlalu bersar.

Pada masa itu , sekumpulan Ansar sudah mengepung Umayyah. Abdul Rahman menjerit, " Ini tawanan aku." Bilal pula mengulang cerita bagaiman aUmayyah mengazabnya. Orang orang  Ansar ini tidak boleh sasabar lagi ke atas Umayyah. Dia pattut dibunuh. Abdul Rahman yang cuba membawa kepada Muhammad menyuruh Umayyah berbaring dan dia berbaringdi atas Umayyah supaya Umayyah tidak di bunuh. Walaupun begitu, orang orangAnsar ini terus menerkam Umayyah dari bawahAbdul Rahman dari setiap penjuru sehingga Umayyah mati di situ.

Dalam pertarungan ini, semua panglima Quraisy cuba menghindari daripada Abu Ubaidah yang terkenal dependekar. Namun, ada panglima mereka yang dari awal pertempuran lagi mengekor Abu Ubaidah. Tetapi Abu Ubaidahpula cuba mengelak daripada panglima ini, sehingga akhirnya bertembung juga. Dalam pertarungan ini, Abu Ubaidah berjaya membunuh panglima Quraisy itu. Rupa rupanya, panglima itu adalah Abdullah bin Jarrah, ayahnya sendiri.

Para malaikat turut serta bertempur dalam peperangan Badar. Muhammad berkata kepada sahabat, " Kalau kamu ingin tahu mayat yang di bunuh para malaika, lihat pada kesan terbakar di leher dan di tangannya kerana para malaikat menggunakan pedang dari api neraka." Memang ada sebahagian mayat yang mempunyai tanda tanda ini. Ada sahabat yang mahu memenggal kepala bukan islam, tiba tiba sudah terpenggal. Ada juga sahabat yang mendengar suara malaikat. Perang Badar adalah salah  satus satu peperangan yang para malaikat turut serta bertempur. Belum pernah berlaku hal ini dalam sejarah peperangan sebelum Badar dan dalam peperangan lain selepas perang Badar. Dlaam perang Hunain. para malaikat turun tetapi tidak ikut bertempur.


Rujukan:
Buku " Biografi Muhammad Bin Abdullah"
Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abdul Rahman

0 comments:

Post a Comment