• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, February 14, 2011

Muhammad Bouazizi - Pencetus revolusi

Nama sebenar beliau adalah Tarek el-Tayyib Mohamed Ben Bouazizi atau di panggil sebagai Mohamed Bouazizi. Tapi siapakah sebenar orang ini ? Adakah dia merupakan seorang yang hebat? atau seorang yang berjaya? atau seorang pemimpin? Dia adalah seorang penjual jalanan Tunisia yang menjual sayur . Bagaimana seorang penjual sayur boleh mencetuskan " revolusi " ? Revolusi seperti yang kita tahu ia merupakan satu perkataan yang "besar" kerana ia melibatkkan perubahan yang ketara oleh masyarakat sekeliling malah seluruh dunia. Pemuda ini telah menbawa kejayaan demostrasi di Tunisia dan mencetuskan protes di beberapa negara Arab yang lain seperti di Algeria, Mesir, Jordan, Libya, dan Yaman.Dan kejayaan yang paling ketara ialah pada tarikh 11 Februari 2011 iaitu ketika Hosni Mubarak mengundurkan diri, menamatkan pemerintahannya 30 tahun sebagai presiden Mesir .

Bouazizi hidup susah sejak dari kecil, beliau menyara kehidupannya dan keluarga dengan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan. Suatu hari, gerainya dirampas oleh pihak berkuasa gara-gara berniaga tanpa lesen. Dan pihak berkuasa tersebut meminta wang rasuh supaya dapat terlepas dari tindakan undang2, tetapi beliau tiada wang dan gerainya di rampas. Kemudian beliau datang ke pejabat daerah untuk meminta kembali gerai beliau tetapi beliau telah ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita.F Hamdi bukan sahaja menampar, malah meludah, menghancurkan alat timbang milik Bouazizi di depan matanya sendiri sambil dibantu oleh dua rakannya yang lain membelasah dan mengutuk ayahnya. Malang yang menimpa dirinya berterusan apabila rayuan dan suaranya tidak diendahkan oleh pihak Gabenor kawasan Sidi Bouzid. Kecewa dan hilang arah tujuan kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, mesej beliau yang terakhir di Facebook:

"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu.
Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya.
“Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."

17 Disember 2010, dengan setin minyak petrol beliau nekad membakar dirinya di hadapan bangunan pentadbiran Sidi Bouzid dan dikejarkan ke Hospital. Beliau bertahan sehingga 4 Januari dan menghembuskan nafasnya di Hospital di Sidi Bouzid. Rakaman kejadian Bouazizi membakar dirinya dan kisah bagaimana nasib yang menimpa dirinya menimbulkan kesedaran kepada puluhan ribu rakyat Tunisia.

Ibunya berkata, "Dia (Bouazizi) mati kerana mempertahankan maruahnya yang tercalar, bukan kerana desakan hidup," Memang, di Tunisia mereka yang sudah tidak berdaya dan tidak mampu menanggung dan menyara keluarga hanya layak mati. Kerajaan Ben Ali cuba mengawal keadaan dengan menurunkan harga barang selain berjanji tidak akan mempertahankan jawatan yang telah dipegangnya selama 23 tahun, namun kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dielakkan.Kemarahan rakyat ke atas kezaliman dan salah laku kerajaan, khususnya Ben Ali dan isterinya sudah tidak dapat dibendung. Berita kematian Bouazizi membuka mata puluhan ribu rakyat yang lain untuk bangkit menuntut pembelaan dan keadilan daripada kerajaan. Begitulah yang terjadi di Tunisia dan kesannya merebak ke seluruh negara Timur Tengah yang rakyatnya berhadapan dengan krisis dan kepincangan urustadbir kerajaan yang korup, zalim dan menindas. 


Di Mesir pula, pemuda2nya juga ramai yang di tindas dan di antaranya ialah Khaled Said. Khaled Said, seorang lelaki mesir 28 tahun dari bandar pesisir Alexandria, Mesir. Dia diseksa sampai mati oleh dua pegawai polis. Beberapa saksi menceritakan bagaimana Khalid dibawa oleh dua orang polis ke dalam pintu masuk sebuah bangunan kediaman di mana ia secara kejamnya memukul dan menendang Khaled. Kedua polis itu menghentak kepalanya ke dinding, tangga dan sampai ke pintu. Walaupun Khaled meminta belas kasihan namun tidak dihiraukan dan dia meminta mereka menjelaskan mengapa mereka melakukan ini padanya, tapi mereka terus menyeksa Khaled sehingga dia meninggal dunia menurut saksi.

Image of Khalid before the attack:


Khalid Said after his torture to death

















Khaled telah menjadi simbol bagi Mesir yang mengimpikan untuk melihat negara mereka bebas dari kekejaman, penyiksaan dan perlakuan buruk. Banyak anak muda Mesir sekarang muak dengan perlakuan tidak berperikemanusiaan yang mereka hadapi setiap hari di jalan-jalan, pejabat polis dan di mana-mana. Rakyat Mesir bercita-cita untuk kembali ketika hari Mesir mempunyai kebebasan dan maruah, hari ketika 30 saat tahun kecemasan tentera berakhir undang-undang yang panjang dan ketika orang Mesir bebas untuk memilih wakil-wakil sejati mereka.

Rujukan:

http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=10723

0 comments:

Post a Comment