• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, September 22, 2010

Zaman Batu Suatu Pembohongan


Teringat kembali zaman sekolah menengah dulu, walupon da lame aku tinggal sejarah tetapi aku masih ingat lagi tentang zaman prasejarah dalam sukatan tingkatan 1 dulu. Aku rase timeline di atas merupakan bende basic yang kene tau klau x memang fail sejarah. Dalam zaman logam pula terdapat zaman paleolitik, neolitik,  mesolitik. Aku sangkakan tentang zaman nie adalah merupakan time line yang betol betol punyer. Tapi setelah mendapat petunjuk dariNya baru aku tahu yang aku nie telah ditipu hidup-hidup.

Wednesday, September 8, 2010

Aku dah berusaha! tapi..

Aku dah berusaha tapi hasilya tidak begitu memuaskan. Dan ini sering kali terjadi kat aku dan aku merasakan apa yang aku buat selama ini adalah perkara yang sia sia. Kadang kadang rasa diri ini malas nak berusaha, kalau nak berusaha pun keputusan nya still sama jer. Antara "hasil" daripada "usaha" mana yang lebih penting? Aku sebagai seorang pelajar sememang nya hendak mencapai keputusan yang baik dalam setiap bidang yang aku ceburi. Tapi di sebalik keputusan baik tersebut mesti ada usaha yang baik. Tapi setiap usaha yang baik tidak semestinya mendatangkan hasil yang baik. Hurmmm, pening tuh....

Saturday, September 4, 2010

Aiman Tak Kisah

Betol ker ape budak nie cakap? Semakin banyak kita tahu semakin banyak yang kita perlu tahu dan kita perlu bertindak mengikut apa yang kita tahu. Tapi kebanyakkan daripada kita tidak mahu mengambil tindakan (Action) kerana mereka menganggap tindakan itu mengandungi risiko yang perlu di ambil. Jadi mereka mengambil langkah untuk tidak endah apa yang berlaku di sekeliling mereka dan impaknya mereka tidak perlu mengambil tindakkan. Tapi, adakah sikap tidak endah ini sesuai untuk di amalkan. Walaupon sekali lintas lalu, sikap seperti ini tidak patut di amalkan tetapi masih ramai lagi mengamalkan sikap ini. Contohnya, dalam bidang politik. ramai menganggap politik ini "kotor" dan mereka hanya mengikut "arus" semasa sahaja dan membiarkannya walaupon terdapat banyak kemungkaran yang berlaku..