• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, September 4, 2010

Aiman Tak Kisah

Betol ker ape budak nie cakap? Semakin banyak kita tahu semakin banyak yang kita perlu tahu dan kita perlu bertindak mengikut apa yang kita tahu. Tapi kebanyakkan daripada kita tidak mahu mengambil tindakan (Action) kerana mereka menganggap tindakan itu mengandungi risiko yang perlu di ambil. Jadi mereka mengambil langkah untuk tidak endah apa yang berlaku di sekeliling mereka dan impaknya mereka tidak perlu mengambil tindakkan. Tapi, adakah sikap tidak endah ini sesuai untuk di amalkan. Walaupon sekali lintas lalu, sikap seperti ini tidak patut di amalkan tetapi masih ramai lagi mengamalkan sikap ini. Contohnya, dalam bidang politik. ramai menganggap politik ini "kotor" dan mereka hanya mengikut "arus" semasa sahaja dan membiarkannya walaupon terdapat banyak kemungkaran yang berlaku..


”Dan takutlah (peliharalah) dirimu daripada fitnah (bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zhalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras hukuman-Nya.” (QS Al Anfal 8:25)

Sebenarnya ini adalah untuk peringatan diri sendiri kerana sikap aku tidak ambil kisah terhadap perkara yang berada di sekeliling aku. Dulu, aku memikirkan bahawa diri aku perlu berubah dan memerlukan anjakan paradigma. Tapi setelah usia mematangkan aku baru aku sedar yang setiap insan nie ade karakter masing - masing dan setiap karakter ini ada kelebihan masing masing. Dan kelebihan ini perlulah digunakan untuk berbakti di kalangan masyarakat kita. Tetapi apabila berlakunya sikap "ignorance" ini , kelebihan2 yang ada pada karakter seseorang tersebut tidak dapat memberi manfaat kepada masayarakt terutamanya masyarakat islam kita yang masih banyak tertinggal dari sudut kehidupan - aqidah, sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Sememangnya tugas dan tanggung jawab berbuat baik atau mengislah suatu yang tidak mudah. Ianya bukan kerja ‘Sendirian Berhad’ tapi kerja ‘korporat’ yang menuntut kesepaduan dalam berfikir, menilai dan bertindak. Meskipun kerjanya berat, namun, di sana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar.

‘Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.’
(Surah Al-Qasas ayat 77)


P/S: The most violent element in society is ignorance. ~Emma Goldman

0 comments:

Post a Comment