• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, August 20, 2010

Permulaan Kehidupan "tanah dan air"

Sebagai pengamal perubatan, perkara pertama yang perlu kita kenal ialah kenal manusia dengan lebih mendalam lagi. Kejadian manusia yang diceritakan di dalam Al Quran mungkin dapat membantu kita kembali mengamal dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian.Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa kejadian manusia merupakan suatu "keajaiban". Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah dibentuk daripada tanah liat menjadi bentuk manusia dan ditiupkan roh ke dalamnya :



Surah Shaad ayat 71-72
"(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam - dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. "


Surah As-Syafaat ayat 11
"Maka tanyakanlah kepada mereka: "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya atau apa yang telah Kami (Allah) ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan mereka daripada tanah liat"

Pemeriksaan terhadap tubuh manusia pada hari ini menunjukkan bahawa kebanyakan element yang ada di dalam bumi boleh di jumpa di dalam tubuh manusia. Tisu badan manusia mengandungi 95% karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus dan sulfur, dengan jumlah 26 elemen yang berbeza.

Surah Al-Mukminun ayat 12
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah"

Jadual di bawah ini menunjukkan kadar elemen yang ada di di dalam 70-kilo manusia.


Seperti yang kita tahu, air merupakan element utama dari penciptaan manusia dan makhluk lain. Allah (SWT) berfirman:

Surah An- Nur ayat 45
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Surah Al-Anbiya' ayat 30
"....... Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"


Ketika kita melihat ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan manusia dan makhluk hidup, jelas sekali menunjukkan bahawa "keajaiban" itu berlaku. Salah satu "keajaiban" tersebut adalah penciptaan makhluk dari air. Penemuan maklumat ini jelas di dalam ayat Al Quran walaupun beratus-ratus tahun lebih awal dengan penemuan mikroskop.

Rujukan : Dr. Sharif Kaf Al Ghazal 

P/S : Hayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian

0 comments:

Post a Comment