• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, November 30, 2010

Keharusan menyentuh bukan Mahram

 Hari ini suatu hari yang membengangkan bagi aku, aku kene bukak baju sampai ke pubic symphysis aku untuk untuk tontonan ramai . Sebenar ari nie ada sesi CSL(clinical scence learning) mengenai system GIT dan aku bernasib malang kerana terpakse menjadi model mase tu. Disebabkan itu, aku mula la meng“search” tentang bab2 menyentuh bukan mahram di dalam bidang perubatan.

Tuesday, November 23, 2010

My Sister's Keeper

Cerita ini mengisahkan tentang Anna yang, yang mana kelahirannya sudah di rancang supaya menjadi donor "stem cell" untuk akaknya, Kate, yang menghidapi ‘acute promyelotic leukimia’. Agak tersentuh melihat, bagaimana Anna berfikir bahawa ia lahir dengan bertujuan untuk menyelamatkan Kate, dan jika penyakit Kate ini tidak ada mungkin Anna tidak lahir ke dunia ini. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih .Dari sudut yang lain pula, pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada para mujtahid yang terdiri daripada sarjana perundangan Islam yang seharusnya melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab.

Justeru itu, para ulama’ hari ini perlu tampil ke hadapan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat berkenaan hukum dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. terdapat banyak isu yang di bincangankan  dalam hal ini seperti pembedahan menurut Islam, kebenaran menjalankan rawatan, perancangan keluarga, pengguguran kandungan, mati otak dan euthanasia. Di dalam cerita ini jelas menunjukkan isu mengenai perancangan keluarga dan kebenaran menjalankan rawatan.

Monday, November 15, 2010

Exam - lupe semuanya

Mase hari first study week dulu, aku rase ape yang aku dulu sepanjang sem nie hanya tinggal 20% je yang tinggal dalam memori aku. Lagi 80% lagi entah da ghaib ke mana. Mase tu aku tertanye tanye, kenape manusia nie ade sifat pelupa? jika sifat pelupa nie tak ade, mugkin sume manusia sapat " berdiri sama tinggi, dan duduk same rendah". Study week dan Exam week telah berlalu dan aku masih tercari cari kekosongan yang ade dalam diri aku ini. Setelah mentelaah kitab "Google", ia sedikit sebanyak telah membantu aku.