• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, November 15, 2010

Exam - lupe semuanya

Mase hari first study week dulu, aku rase ape yang aku dulu sepanjang sem nie hanya tinggal 20% je yang tinggal dalam memori aku. Lagi 80% lagi entah da ghaib ke mana. Mase tu aku tertanye tanye, kenape manusia nie ade sifat pelupa? jika sifat pelupa nie tak ade, mugkin sume manusia sapat " berdiri sama tinggi, dan duduk same rendah". Study week dan Exam week telah berlalu dan aku masih tercari cari kekosongan yang ade dalam diri aku ini. Setelah mentelaah kitab "Google", ia sedikit sebanyak telah membantu aku.


Seperti mana yang kita tahu. manusia pasti dilengkapi dengan sifat pelupa. Mungkin bagi sesetengah orang, pelupa adalah merupakan suatu kelemahan bukan kelebihan. Lupa ada baik buruknya. Namun apabila kita reflek balik apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, lupa merupakan satu anugerah untuk sesetengah perkara.


Contoh lupa yang bersifat kelebihan

1.Lupakan kesalahan orang lain.
To forget is to forgive. Mudah-mudahan dengan melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah pula akan mengampunkan semua silap laku kita.

2.Lupa pada memori lampau yang sedih dan trauma.
 Tanamkan sifat pelupa dengan sibukkan diri dan jangan biarkan masa kita berlalu dengan HAZAN (perkara yang mendukacitakan).

3.Lupa masalah.

Contoh lupa yang bersifat kelemahan:

1.Lupa pada Tuhan dan agama.
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28) 

2.Lupa pada orang-orang sekeliling yang berjasa pada kita (keluarga, kawan) 

3. Lupa diri.
Ditujukan khas buat diri ini. Sudah tahu diri itu tidak pandai, belajarlah betul-betul. Sudah tahu diri itu tidak cantik, cantikkanlah diri tu dengan perangai molek. Sudah tahu aurat itu untuk mahram, tutuplah dengan kain betul-betul. Sudah tahu mati itu pasti, beribadatlah bersungguh-sungguh.

4.Lupa yang bawa padah.


P/S:  Semoga sifat lupa yang sudah menjadi tabiat kita dapat menjadi pemicu untuk berzikir kepada Allah SWT. Bukan malah menjadikannya alasan melupakan-Nya.

0 comments:

Post a Comment