• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, November 23, 2010

My Sister's Keeper

Cerita ini mengisahkan tentang Anna yang, yang mana kelahirannya sudah di rancang supaya menjadi donor "stem cell" untuk akaknya, Kate, yang menghidapi ‘acute promyelotic leukimia’. Agak tersentuh melihat, bagaimana Anna berfikir bahawa ia lahir dengan bertujuan untuk menyelamatkan Kate, dan jika penyakit Kate ini tidak ada mungkin Anna tidak lahir ke dunia ini. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih .Dari sudut yang lain pula, pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada para mujtahid yang terdiri daripada sarjana perundangan Islam yang seharusnya melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab.

Justeru itu, para ulama’ hari ini perlu tampil ke hadapan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat berkenaan hukum dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. terdapat banyak isu yang di bincangankan  dalam hal ini seperti pembedahan menurut Islam, kebenaran menjalankan rawatan, perancangan keluarga, pengguguran kandungan, mati otak dan euthanasia. Di dalam cerita ini jelas menunjukkan isu mengenai perancangan keluarga dan kebenaran menjalankan rawatan.


Pengertian Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga yang telah dibahaskan oleh para fuqaha’ mempunyai tiga pengertian iaitu:
  • Menghadkan bilangan anak dengan bilangan tertentu.
  • Merancang tempoh kehamilan seperti menjarakkan antara dua kehamilan tanpa menghadkan bilangan anak.
  • Menghilangkan kemampuan untuk hamil atau melakukan proses pemandulan.
Resolusi Muktamar Fiqh
Muktamar Fiqh kali kedua yang diadakan di Akademik Penyelidikan Islam Qahiran pada tahun 1968M dan Majlis Akademik Fiqh Islam telah memutuskan berkaitan dengan perancangan keluarga seperti berikut:
  • Islam menggalakan pertambahan penduduk kerana pertambahan penduduk akan dapat menguatkan umat Islam.
  • Perancangan keluarga dibolehkan apabila terdapat keperluan mendesak. Keharusan tersebut bersyarat teknik pengguguran yang digunakan itu adalah diharuskan oleh syara’.
  • Haram menggubal undang-undang yang mewajibkan rakyat membataskan atau menghadkan jumlah kelahiran.
Keharusan Perancangan Keluarga Ketika Wujud Keperluan Mendesak
Sebelum membicarakan tentang masalah perancangan keluarga ini, terlebih dahulu perlu diberi penjelasan berkenaan keperluan mendesak .
Menurut kacamata Islam, keperluan manusia dari segi mendesak atau sebaliknya terbahagi kepada tiga bahagian:
  1. Keperluan mendesak ( dharurat )
  2. Keperluan menghindarkan kesulitan ( hajat )
  3. Keperluan menambahkan keselesaan ( tahsin ) 
    
     1. Keperluan Mendesak ( Dharurat )
Keperluan mendesak ialah keperluan yang boleh menghindar kemudharatan pada agama, nyawa, akal, keturunan dan hartabenda. Apabila keperluan ini tidak dipedulikan maka manusia tidak boleh hidup sebagai manusia normal. Apabila wujud keperluan ini, maka diharuskan perkara yang dilarang seperti dibolehkan memakan bangkai ketika kebuluran. Namun keharusan itu adalah sekadar yang mencukupi keperluan sahaja.
    2.Keperluan Menghindarkan Kesulitan ( hajat )
Keperluan ini ialah keperluan yang boleh menghindarkan kesulitan yang dihadapi dalam kehidupan sekalipun tidak mengancam keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan dan hartabenda. Keperluan jenis ini mengharuskan apa yang dilarang.
Contoh bagi keperluan seperti ini ialah harus melihat kemaluan orang lain bertujuan melakukan pembedahan untuk berkhatan.
   3.Keperluan Menambah Keselesaan ( tahsin )
Keperluan ini ialah keperluan yang hanya untuk menambah keselesaan bukannya menghindar kesukaran. Tanpa keperluan ini, manusia boleh menjalani kehidupan secara normal. Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang dilarang.
Contoh keperluan ini ialah memandulkan wanita kerana hendak menjaga kecantikannya, merancang keluarga kerana hendak menjaga kecantikan atau kerana bimbang taraf hidup anak pada masa akan datang atau kerana mengikut peredaran zaman.

Kesimpulan
Perancangan keluarga diharamkan melainkan jika terdapat keperluan mendesak atau keperluan yang boleh menghindarkan kesulitan.
Berkaitan pemandulan sepanjang hayat pula, ianya tidak diharuskan melainkan apabila wujud keperluan mendesak ( dharurat ) iaitu keadaan yang boleh mengancam agama, nyawa, akal, keturunan dan hartabenda.
Penentuan Keperluan
Penentuan tahap keperluan hendaklah ditentukan oleh jawatankuasa khas yang terdiri dari pakar-pakar dari pelbagai bidang.

Teknik Perancangan Keluarga
Teknik yang digunakan setelah dipastikan wujudnya keperluan yang diiktiraf hendaklah :
  • Tidak membawa kemudharatan.
  • Dilakukan oleh doktor wanita yang berkepakaran dan beragama Islam jika ia melibatkan pendedahan kemaluan.
  • Mendapat keizinan dari suami
 Rujukan : http://www.papisma.org/nota/fekah/isu.pdf

0 comments:

Post a Comment