• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, November 30, 2010

Keharusan menyentuh bukan Mahram

 Hari ini suatu hari yang membengangkan bagi aku, aku kene bukak baju sampai ke pubic symphysis aku untuk untuk tontonan ramai . Sebenar ari nie ada sesi CSL(clinical scence learning) mengenai system GIT dan aku bernasib malang kerana terpakse menjadi model mase tu. Disebabkan itu, aku mula la meng“search” tentang bab2 menyentuh bukan mahram di dalam bidang perubatan.




First skali, kita lihat daripada perspective seorang doktor dahulu. Doktor memang terpaksa bersentuhan dengan pesakit walaupun bukan mahram bertujuan untuk memberi rawatan dan bantuan. Ini adalah disebabkan timbulnya darurat. Definisi darurat ialah keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia. Adapun darurat menurut ulama fiqh adalah berhajatnya manusia itu kepada batasan (perkara yang dilarang oleh syarak) dan jika sekiranya tidak mengambil perkara yang dilarang itu maka akan binasalah manusia tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain). 

(Riwayat Ibnu Majah, Malik, Hakim, Baihaqi dan Daruqutni).

Dari hadis ini, para ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah fiqh (qawaid fiqhiyyah) di antaranya:
Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat (darurat tersebut) tidak kurang darinya (perkara yang diharamkan).

Allah Taala telah mensyariatkan agama Islam ini bertujuan untuk menjaga lima perkara (maqasid syariyah) iaitu:

- Menjaga nyawa.
- Menjaga maruah.
- Menjaga keturunan.
- Menjaga harta.
- Menjaga agama.

Penjagaan dan pemeliharaan kelima-lima perkara ini sudah pastilah membawa kepada berlakunya perkara-perkara darurat pada sesetengah keadaan. Darurat yang datang untuk memelihara maqasid syariyah boleh mengharuskan perkara yang diharamkan ketikamana berlaku pertembungan (ketika berhadapan dengan dua kemudaratan) dengan memilih kemudaratan yang paling ringan. Di samping itu, pemahaman mengenai fiqh alawiyat (fiqh keutamaan) begitu penting bagi memastikan istilah darurat tidak disalahgunakan sesuka hati.

Tapi persoalan yang sebenarnya ialah apakah keharusan untuk melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketikamana di dalam pembelajaran ilmu perubatan?. Kerana dalam istilah pembelajaran ini tidak timbulnya Darurat. Apa yang selalu disebut oleh para ulama di dalam membincangkan persoalan darurat ini adalah diingatkan agar sentiasa meminimumkan kadar keharusan (melihat aurat dan menyentuh bukan mahram) dengan sedaya upaya sepanjang tempoh darurat tersebut. Perbuatan ini (keharusan merawat ketika darurat) adalah semata-mata bagi menjaga dan memelihara maqasid syariyah pada masa yang akan datang sepertimana yang telah disebutkan di atas.

Rujukan:


P/S: Bak kate doktor yang ajar aku dulu  we need to expert in normal peoples, than we can proceed with patients”. 


0 comments:

Post a Comment