Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :) Gambar2 ini semua diambil dari Youtube
Melihat gambar-gambar ini membuatkan aku melihat pada diri sendiri. Selama ini aku rase kehidupan aku ini, aku tidak pernah puas dengan apa yang aku ade. Berbeza dengan mereka yang berada diluar sana, mereka tidak sedikit pun merungut meskipun mereka tidak mempunyai apa yang kita ade. Kita haruslah ingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut.






0 comments:
Post a Comment