• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, May 25, 2011

Belajar dari kesilapan

"Belajar dari kesilapan" ayat yang sering aku dengar dalam hidup aku. Tetapi sejak aku masuk tahun klinikal ini, ayat ini semakin menebal dalam diri aku. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Memanglah sejak dari dulu lagi kita belajar dari kesilapan. Tetapi  aku rase seakan akan sudah paham atau merasakan bahawa aku mampu lakukan sesuatu perkara. Tetapi tiba tiba aku lakukan kesilapan. Sebagai contohnya, pada minggu klinik asas , aku rase aku dah prepare untuk presentation History ngan PE. Namun tiba-tiba,dalam presentation aku masih banyak lagi yg aku tersalah.Rupanya apa yang aku faham rupanya tidak tepat. Apa yang aku siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki. Aku telah tersalah.

Tuesday, May 3, 2011

Aku yang semakin jauh dariMu

Keputusan Exam sudah keluar dan Alhamdullilah aku pass kesemuanya. Cume di sebabkan hidup tanpa memikirkan apa2 yang menyusahkan kepale aku ini, Aku cuba tanya balik diri aku. Adakah aku ini seorang yang hipokrit? ataupun seorang yang munafik? seseorang yang berpura2 beribadah kepadaMu semata mata demi mengejar dunia yang sementara. Sesungguhnya aku sebagai seorang manusia tidak pernah lepas dari sifat pelupa aku. Sifat pelupa terhadap penciptaku  yang selalu menyayangiku. Mungkin oleh kerana tiada dugaan yang datang membuatkan aku semakin jauh dengan Tuhan. Mungkin nikmat yang Tuhan berikan kepada ku membuatkan aku lalai untuk mengejar syurgaMu.