• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, May 3, 2011

Aku yang semakin jauh dariMu

Keputusan Exam sudah keluar dan Alhamdullilah aku pass kesemuanya. Cume di sebabkan hidup tanpa memikirkan apa2 yang menyusahkan kepale aku ini, Aku cuba tanya balik diri aku. Adakah aku ini seorang yang hipokrit? ataupun seorang yang munafik? seseorang yang berpura2 beribadah kepadaMu semata mata demi mengejar dunia yang sementara. Sesungguhnya aku sebagai seorang manusia tidak pernah lepas dari sifat pelupa aku. Sifat pelupa terhadap penciptaku  yang selalu menyayangiku. Mungkin oleh kerana tiada dugaan yang datang membuatkan aku semakin jauh dengan Tuhan. Mungkin nikmat yang Tuhan berikan kepada ku membuatkan aku lalai untuk mengejar syurgaMu.


Ape kejadahnye ngan aku nie? Time susah, aku mengeluh..Time senang pun nak mengeluh.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Mungkin ini juga ujian untuk aku, kerana Allah bukan sahaja menguji manusia dalam bentuk kesusahan bahkan juga dalam bentuk kesenangan. Dan kedua dua ujian ini benar2 menguji kita sebagai hambaNya.

Aku pula yang terlalai dengan ujian kesenangan. Kesenangan yang menipu aku!! bak udara yang aku hirup tanpa aku sedar. Namun disebalik udara itu, ia mengandungi racun yang merosakkan jika dihirup secara overdose. Dan racun ini akan merebakkan kedalam hati dan muncullah sifat riak, takabbur, ujub, dan segala jadah sifat mazmumah yang menghancurkan.

Tapi  bagi mereka yang selalu mendekati Allah mereka tidak akan lalai kerana mereka tahu Allah Maha Melihat.Kerana yang merapati Ilahi yakin bahawa, semua itu hanyalah pinjaman-Nya sahaja. Bila susah dia bersabar. Bila senang dia bersyukur. Hanya yang merapati Ilahi mampu menjadikan ianya realiti.  (Hai, bilalah aku nk jadi cam nie?)

Terasa diri ini jauh dari Allah SWT, jauh dari rahmat dan kasih sayangNya, akibat banyaknya maksiat, lalai dan angan-angan yang panjang. Ya Allah, pimpinlah aku kembali menuju RedhaMu.

Ya Allah, kau ampunilah dosaku. Terimalah aku kembali. Aku kufur dengan nikmatMu. Aku lalai dengan perintahMU. Tunjukkanlan jalanMU padaku ya Allah. Bawalah aku pulang kesisimu.

Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 54)

.

0 comments:

Post a Comment