• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Sunday, April 10, 2011

Adakah ini pilihan aku?

Seminggu selepas exam membuatkan hatiku terasa tak tenang memikirkan keputusan aku. Adakah usaha aku memadai dengan apa yang aku sudah belajar? Oleh kerana ke"tension"an ini, tiba2 aku terfikir tentang hidup aku sekarang nie adalah pilihan aku atau tak? aku tak pilih untuk hidup macam ni yakni menjadi seorang yang kadang2 hilang arah tujuan bukan lah pilihan aku. Menjadi seorang yang kadang kadang tak kenal diri sendiri bukan jugak pilihan aku. Menjadi seorang winner di mata semua orang tp loser pd hakikatnya jugak bukan pilihan aku! So mana pulak datangnya kata2 bahawa HIDUP ITU ADALAH SEBUAH PILIHAN?


Mana hak aku untuk memilih? Sememangnya aku hidup untuk ALLAH. Maha suci Allah, aku sedar hakikat untuk apa aku hidup, dan kerana apa aku dihidupkan LILLAHITAALA LILLAHITAALA .aku hidup untuk Allah. Kenapa aku perlu jadi macamni..jadi manusia yang kadang2 hilang kewarasan..manusia yang kadang2 sesat dalam perjalanan yang dah siap disediakn peta tapi aku masih sesat? Hilang dalam terang walaupun cahaya benderang kat hadapan menyuluh tepat pada arah mana perlu aku tuju. Aku ke yang pilih untuk sesat atau sesat memang sentiasa ada dalam perjalanan takdir hidup aku? Walau sepayah mana dan sesusah mana pun aku cuba untuk kembali pada jalan yang betul tp cahaya ke jalan keluar sentiasa berubah-ubah mengikut apa yang dia suka!

Setiap hari nk kena bertanya pada diri..kenapa mesti begitu dan kenapa mesti begini? Apsal jadi mcm tu..apsal jadi mcm ni?Aku dah naik bosan!  Sebesar mana dan sekuat manakah aku untuk menahan ombak laut yang sebesar tsunami sedangkan tubuh aku sekecil lidi? Tuhan akan menguji  hambanya mengikut kemampuan hambanya itu untuk menerima sesuatu ujian.tapi adakah aku mampu untuk terima semua ni..satu..demi satu..aku jadi begitu dan begini.

Aku pun mula terfikir yang setiap keputusan itu mempunyai risiko dan kesudahan yang perlu di hadapi. Jadi, kehidupan yang kita ada saat ini adalah hasil daripada keputusan atas pilihan yang sudah kita lakukan di masa lalu. Sesungguhnya pilihan hidup yang baik tentu tidak hanya semata agar menjadi manusia yang berjaya, tapi juga bagaimana menjadi manusia yang bernilai kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilalui dengan pilihan yang salah.

"Kalau nk compare dengan Imam Nawawi, usaha aku serta aku terlalu sedikit. Kerana terlalu cintakan ilmu, dia menghabiskan seluruh hidup beliau dengan menimba ilmu. Selama 20 tahun, Imam Nawawi tidak tidur secara proper kerana mengejar ilmu.  berbanding dengan aku, hanya tidak tidur secara proper selama seminggu sudah mengeluh dengan apa yang aku hadapi ."

.

0 comments:

Post a Comment