• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, May 25, 2011

Belajar dari kesilapan

"Belajar dari kesilapan" ayat yang sering aku dengar dalam hidup aku. Tetapi sejak aku masuk tahun klinikal ini, ayat ini semakin menebal dalam diri aku. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Memanglah sejak dari dulu lagi kita belajar dari kesilapan. Tetapi  aku rase seakan akan sudah paham atau merasakan bahawa aku mampu lakukan sesuatu perkara. Tetapi tiba tiba aku lakukan kesilapan. Sebagai contohnya, pada minggu klinik asas , aku rase aku dah prepare untuk presentation History ngan PE. Namun tiba-tiba,dalam presentation aku masih banyak lagi yg aku tersalah.Rupanya apa yang aku faham rupanya tidak tepat. Apa yang aku siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki. Aku telah tersalah.


Maka aku tengok balik semula kesilapan yang aku lakukan itu. “Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”

Dan baru aku sedar, apabila kita muhasabah diri balik, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Dan jika sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak mungkin akan mempelajari pengajaran tersebut. Ternyata Hikmah Allah itu tersangat luas dan kita haruslah bersangka baik terhadap Allah walau ujian seperit manapun.

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: 
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman....." Hadis riwayat muslim.

Dan apabila kita belajar daripada kesilapan akhirnya kita dapat mendalami perkara itu. Secara tidak sedar, kita akan berfikir bahawa  kesilapan, kegagalan dan kesalahan itu merupakan pelengkap dalam kehidupan kita dan ini akan membantu kita untuk membina satu peribadi yang lebih mantap. Kita juga akan menjadi seseorang yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berbanding dengan orang yg tidak pernah peka dengan kegagalan mereka.

Aku pun mula terfikir, adakah aku perlu buat silap dulu baru belajar?

Kita tidak perlu silap dahulu dan belajar kemudian. Belajar daripada kesilapan orang lain juga merupakan salah satu langkah juga. Namun, ada juga masanya bila kita tidak lagi ada pilihan melainkan dengan melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT.

Kita sebagai manusia, sememangnya tidak mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan. Ramai orang "trauma" dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada coretan hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif sepenuhnya.


.

0 comments:

Post a Comment