• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, January 13, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Hari nie aku pergi lawatan belajar di Jabatan Kebajikan Masyarakat di GrandSeason. Lawatan ini adalah sempena Modul CHC "Comprehensive Health Care". Kat situ group aku meng"interview" kanselor2 kat situ. Walaupun sesi bersama kaunselor sekejap jer, dalam 50 minit, tapi banyak ilmu yang dicurahkan. Salah satu kaunselor kami bernama En. Azhar dan beliau merupakan staff di sektor Ekonomi Bantuan. Dia menceritakan tentang bantuan2 yang mereka berikan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Tapi apa nak di tekankan disini adalah tentang "perangai" masyarakat Malaysia terhadap bantuan2 yang diberikan kepada mereka.



Pertama skali tujuan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat ini adalah untuk mengurangkan beban bagi golongan yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi dan sosial mereka supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Tapi kebanyakan daripada mereka yang memohon bantuan menganggap bahwa batuan yang mereka terima adalah untuk mengeluarkan mereka dari masalah yang mereka hadapi. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah wang yang mereka dapat daripada bantuan ini memang tidak mencukupi dan sebenarnya mereka sendirilah yang perlu berusaha mengeluarkan masalah daripada hidup mereka. Bantuan seperti ini sebenarnya membantu mereka unutk jangka masa yang dekat sahaja. Tapi effect untuk jangka masa panjang adalah daripada usaha mereka sendiri.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Ada juga yang meminta skim bantuan ini walaupun mereka tidak mempunyai kelayakan. Mereka cuba sedaya upaya meminta skim bantuan daripada pihak JKM dan NGO2 lain demi mendapatkan "duit" ini. Cubalah mereka "convert" usaha yang mereka "minta" itu kepada usaha untuk mengubah diri sendiri. Hina sungguh orang seperti ini, kerana bukan sahaja mereka meminta minta tapi mereka telah menghalang bantuan2 ini sampai kepada fakir2 miskin yang amat memerlukan bantuan ini. Kenapa manusia masih tidak berpuas hati lagi dengan apa yang mereka ada sekarang ini ? Mengapa mereka tidak mensyukuri nikmat apa yang mereka ada? cuba buka link nie Kehidupan Yang Sempurna

"(Apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya karena jihad) di jalan Allah sehingga dia tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahwa mereka adalah orang-orang kaya karena mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui" Surah al-Baqarah ( ayat 273)

En. Azhar bagi tau kat aku yang kebanyakan daripada mereka yang "malas" ini adalah kebanyakannya adalah daripada orang melayu dan india. Menurutnya, kaum cina ini saling bantu membantu di antara mereka sama ada bantuan dari segi kewangan dan peluang pekerjaan. Mengapa tidak kita contohi mereka? Adakah kita orang islam diajar supaya mementingkan dunia tanpa memikirkan dosa dan pahala. Ada juga daripada mereka yang menjadikan bantuan skim ini sebagai pendapatan sampingan bagi mereka sampai ada yang mengumpulnya untuk membeli perhiasan, haji dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap bantuan ini adalah "hak" mereka sebagai rakyat Malaysia yang perlu mereka tuntut tanpa mereka sedari mereka menghancurkan harapan2 mereka yang memerlukan

0 comments:

Post a Comment