• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, January 8, 2011

Nikmat Berganda

Walaupon End Of Modul GIT aku fail. Mungkin ada dugaan di sebalik apa yang berlaku. Di dalam pembelajaran sistem sitem badan manusia di tahun 2 ini, modul nie mungkin memberi penangan yg hebat kat aku. Mungkin silap aku yang kurang menghargai apa yang berlaku dalam badan aku sendiri . Tanpa kita sedar, sistem2 inilah yang membantu kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba. Namun kita sering alpa dengan perkara2 yg berlaku disekeliling kita tanpa memikirkan "nikmat yg berganda" yang Allah berikan kepada kita.



Di dalam modul GIT kita berlajar mengenai sistem pencernaan ( digestive system ). Satu sistem yang berperanan dalam memproses segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh manusia. Apabila diproses dan dicerna, sampailah masa untuk diserap. Bahagian yang berperanan dalam penyerapan ini adalah usus kecil( paling utama ).

Subhanallah...ALLAH swt Maha Teliti dalam mencipta makhlukNYA. Disini, makanan yang melalui usus kecil akan diserap semaksimumnya. Hal ini kerana usus kecil mempunyai permukaan yang luas untuk proses penyerapan ini sebanyak 600 KALI. Bagaimanakah usus kecil didalam tubuh manusia mampu mencapai pergandaan tersebut?

( sila rujuk gambar diatas)


Faktor 1
- permukaan dalam usus kecil terdapat lengkukan bulat ( circular fold ). Berbanding permukaan yang rata, lengkukan lebih membantu dalam penyerapan ini sebanyak 3 kali.

Faktor 2
-pada lengkukan itu pula, terdapat villi yang menyerupai jari-jemari dan meningkatkan luas permukaan sebanyak 10 kali.

Faktor 3
-pada villi, terdapat pula sel di sekelilingnya yang dikenali sebagai microvilli. Sel ini menyumbang sebanyak 20 kali .

Jika dihitung semua sekali 3x10x20 jumlahnya 600 kali ganda. Nilai yang terlalu tinggi. Bukan itu sahaja,malah jika 50% usus kecil dibuang( tidak termasuk bahagian hujung ileum ), penyerapan masih lagi boleh berlaku  

Oleh itu, bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH swt kerana telah menyediakan nikmat '600 kali ganda' ini tanpa disedari. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Sesungguhnya hakikat syukur itu tiada penghujungnya ...alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.. dengan baik.

0 comments:

Post a Comment