• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, June 2, 2011

Kerdilnya aku

Ramai member2 aku da ramai yg mempunyai blog sendiri. Ade blog yg based on kehidupan, ade yg menceritakan mengenai novel, ade yang mengenai islamik dan yg ntah ape2 pown ade. Aku mule terfikir mengenai blog aku buat nie. Apa niat sebenar aku buat blog nie? adakah untuk mencapap? ataupun memang da x de keje lain nak wat. Blog nie mungkin boleh dikategorikan sebagai blog "muhasabah diri" agar aku dpt membina jati diri aku menjadi mukmin yang sebenar. Kalau melihat diri aku balik, memang aku nie tak layak untuk memberikan sebarang pandangan mengenai ilmu apatah lagi sebagai rujukan. Kerana aku sedar, aku masih lagi merangkak dalam pencarian ilmu sama ada di bidang yang diceburi apatah lagi di dalam bidang yang lain.  



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. [Hadis Bukhari (1) dan Muslim (1908)]

Jauh disudut hati aku, ada sesuatu yang menggerakkan aku supaya aku membaca, seterusnya menganalisis dan menulis demi untuk berkongsi idea, pengalaman, cetusan,  perasaan aku. Adakah ini "kemahuan" aku? Kemahuan yang dicetuskan melalui kesedaran diri . Kesedaran yang mahu dikongsi agar bermanfaat buat kalian.

Sepanjang aku menulis blog ini mungkin ada berlaku kesilapan, kecuaian, kesalahan. Kerana aku sedar diri ini sebenarnya tidak layak dalam berkongsi ilmu. Kerana diri ini bukanlah tergolong dalam golongan alim ulama, ataupun cerdik pandai, kaya dengan ilmu serta hikmah. Aku juga bukan seseorang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama,tidak tahu berbahasa arab, juga tidak mendalami ilmu penafsiran al-Quran dan Hadis. Bukan juga penghafaz Al-Quran serta menjiwai kalam Allah dengan penuh perasaan. Begitu kerdilnya aku. Sungguh tidak layak memberikan pandangan malah berkongsi ilmu kepada orang lain.


Dengan ini aku dengan perasaan rendah hati dan penuh perhambaan kepada Allah SWT ingin memohon maaf andai penulisan dan perkongsian aku sebelum ini tidak bermanfaat dan tidak berguna. Kita walau mempunyai ilmu setinggi mana sekalipun, ia cuma setitis dari lautan ilmu Allah. Dengan ilmu yang tak seberapa ini, buanglah sifat bongkak kita agar ilmu yang ada pada kita dirahmati Allah dan seterusnya bermanfaat kepada ummat manusia.

.

0 comments:

Post a Comment