• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, March 30, 2011

Ayuh Pemuda Islam!!

Hari ini aku datang ke surau untuk mendengar sedikit ceramah dari "pak cik" yang menjadi sukarelawan semasa Viva Palestina. Ekspidisi Viva Palestina ini melibatkan perjalanan melalui britain, france dan bandar2 besar yang lain. Tujuan ekspidisi ini bukan sahaja menghantar bantuan kemanusian malah melibatkan kempen besar besaran sepanjang perjalanan tersebut. Misi ini melibatkan 400 orang sukarelawan yang datang daripada 30 buah negara. Kat sini aku bukan nak cerita tentang berjayanya misi ini, tetapi aku nk cerita mengenai pengalaman daripada "pak cik" nie yang melihat perkara yang sebenar yang berlaku di Palestine. Mendengar cerita mengenai pemuda2 palestine, aku sebagai seorang pemuda sememangnya malu terhadap pemuda pemuda2 palestine. Mereka mempunyai keberanian yang tinggi berjuang dalam mempertahankan hak mereka seorang islam. Walaupun mereka hidup di kelilingi pagar2 bagaikan penjara yang luas tetapi semangat jihad mereka tetap utuh menetang zionis.


Tertarik dengan soalan yang dilontarkan oleh abg Zaidi . Abg Zaidi bertanya kepada "Pak Cik" tentang
  1. Apakah sikap pemuda Palestin yang boleh dicontohi oleh pemuda kita?
  2. Apakah harapan pemuda Palestin terhadap kita ? 

Pertama sekali, sikap pemuda palestin ini yang perlu di contohi ialah sikap keberanian mereka menentang rejim zionis. Hampir setiap pemuda pemuda palestin pernah diseksa oleh rejim Zionis sehingga meninggalkan parut di badan mereka. Tetapi jiwa kental mereka tetap menahan kesakitan yang mereka alami. Bagi mereka, parut yang berbekas di badan mereka bukanlah suatu kebanggaan buat mereka. Perkara yang menjadi kebanggaan buat mereka adalah As- Syahid. Tahap cinta mereka terhadap islam sampaikan sanggup Syahid dalam mempertahankan maruah Islam. Cuba bandingkan dengan kita? adakah saat ini kita boleh syahid untuk islam? meninggalkan semua yang kita ada? Harta. pelajaran, kawan kawan, ibubapa? tepok dada tanya iman.



Keduanya, mengenai harapan pemuda palestin terhadap kita yang berada di sini. Bagi mereka, kekuatan dari segi bilangan orang sudah mencukupi tetapi mereka memerlukan bantuan dari segi kemanusiaan dan bantuan kewangan. Mungkin kita dapat salurkan bantuan kewangan kepada saudara2 kita di palestin itu melalui tabung bantuan sama ada di masjid ataupun di tempat2 awam. Kita sesama saudara islam haruslah membantu sesama sendiri seperti sabda Rasullulah s.a.w.

"....Allah senantiasa menolong hamba NYA selagi hamba NYA itu menolong saudaranya...."
(HR Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi dari Abu Hurairah, r.a)

 
Selain memberi sumbangan, kita juga dapat membantu dengan memboikot barang barang Israel supaya dapat menyekat ekonomi orang orang yahudi. Janganlah kita memandang enteng perkara seperti ini kerana setiap belian barang jenama Israel akan membantu mereka menyiksa penduduk palestin. Cuba kita ambil sedikit contoh di dalam cerita Nabi Ibrahim di dalam hadis nabi


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Janganlah kita menjadi cicak yang meniup api, tetapi jadilah burung yang cuba memadamkan api walaupun usaha yang di lakukan burung itu tidak seberapa. 







P/s : minta maaf atas pengunaan name "pak cik" tu sebab aku da lupe name dye.. huhuhu.. tapi yang penting adalah perkongsian yang diberikan.. insyaAllah

.

0 comments:

Post a Comment