• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, March 4, 2011

Aku dah berusaha! tapi..(revisit)

Aku dah berusaha tapi hasilya tidak begitu memuaskan. Dan ini sering kali terjadi kat aku dan aku merasakan apa yang aku buat selama ini adalah perkara yang sia sia. Kadang kadang rasa diri ini malas nak berusaha, kalau nak berusaha pun keputusan nya still sama jer. Antara "hasil" daripada "usaha" mana yang lebih penting? Aku sebagai seorang pelajar sememang nya hendak mencapai keputusan yang baik dalam setiap bidang yang aku ceburi. Tapi di sebalik keputusan baik tersebut mesti ada usaha yang baik. Tapi setiap usaha yang baik tidak semestinya mendatangkan hasil yang baik. Hurmmm, pening tuh....


Banyak contoh lagi yang ada, bukan dari segi akademik saja tapi dalam kehidpuan seharian kita seperti membaca Al Quran, berdakwah. Kita selalu membaca al-Quran tapi kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa. Di dalam dakwah, para Nabi sendiri berusaha berdakwah tapi hanya segelintir sahaja yang mengikuti mereka. Ini dapat dilihat pada dakwah yang dilakukan oleh Nabi Nuh a.s yang telah menyeru kaumnya selama 950 tahun. Firman Allah swt yang bermaksudnya :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).” (Surah Al-Ankabut : 14)

Cube kite tanye balik diri kita apakah tujuan sebenar kita dalam mengerjakan sesuatu perbuatan seperti mengaji, belajar, dan bekerja. Setiap perbuatan mestilah ada niatnya sendiri. Adakah untuk mendapat keputusan yang cemerlang? adakah untuk mendapat pujian orang lain? adakah demi untuk menolong orang lain? adakah berjihad dijalan Tuhan? tepok dada tanya iman.

Kita sebagai manusia sememangnya memerlukan "hasil". Sebab tanpa hasil kita tak boleh survive.Tetapi sumber daya manusia adalah terbatas. Contohnya, seorang pekerja binaan yang bekerja dengan manusia dan dia berusaha sekuat tenaga, tapi ia tidak dapat hasil yang tidak setimpal daripada usaha sepenuh tenaga mereka.

Sedangkan Tuhan, Ia mempunyai sumber yang tidak terbatas, baru niat baik, itupun dah dihitung sebagai satu kebaikan. Tetapi kalau kita mendapat hasil yang tidak seberapa , usahanya saja pun sudah dapat pahala. Kalau gagal terus, tapi berusaha terus dan tetap gagal terus, Tuhan tetap memberikan pahala. Ini kerana sumber Tuhan tidak terbatas. Oleh itu, niat utama kita perlulah bersandar kepada Tuhan kerana Tuhan tidak menganggap usaha kita sebagai sia2 walaupun hasil yang tidak seberapa.

Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.

Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

0 comments:

Post a Comment