• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, February 25, 2011

Aku professional?

Setiap hari aku dapat rasakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa ini semakin hari aku semakin ramai orang yang perlu aku bergaul samada daripada pihak doktor, pesakit, organisasi mahupun rakan rakan dalam bidang yang sama. Adakah disebabkan pergaulan yang semakin meluas ini menjadikan aku seorang yang lebih professional? Professional disini maksudnya ialah tidak mencampurkan usrusan pribadi dan hal kerja. Aku sedar yang kita nie akan bergaul dengan ramai orang dan pergaulan2 seperti ini sememangnya akan terjadi pertembungan diantara lelaki dan perempuan. Apa yang nak ditekankan di sini adalah tentang "Ikhtilat". Ikhtilat ialah satu bentuk pergaulan bebas melibatkan lelaki dan perempuan ajnabi,ia boleh berlaku samada di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai. Sebagai seorang yang professional, apakah cara ikhtilat yang sebetulnya?


Berikut merupakan dalil dalil mengenai ikhtilat:

Firman Allah SWT
"maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Allah SWT berfirman
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

Allah SWT berfirman
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

Sabda Rasulullah saw:
"Wahai Ali,janganlah pandangan kedua menuruti pandangan pertama mu kerana pandangan pertama itu bagimu sedangkan kedua tidak(dosa ke atasmu)." Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tarmidzi.

Rasulullah SAW. bersabda,
"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Hukum asal Ikhtilat, pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah' ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:


Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.

4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan

8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada tajuk asal persoalan kita tadi. Bagaimanakah cara ikhtilat yang betul supaya kita dapat hindari daripada dosa dosa yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Moga moga panduan seperti ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita bagaimana menghadapi situasi ini pada masa akan datang


Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam.


 Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

  • Ucapan yang makruf dan sopan.Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
  • Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.
  • Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.
  • Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.
  • Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita
  • Iltizam dengan pakaian Islam,Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.
  • Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
  • Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

Daripada kenyataan di atas ternyata bahawa menjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh ulama lslam. Mungkin senario yang lebih relevan kepada kita selaku mahasiswa adalah seperti dialog berikut:

 Dialog 1
Akhawat: Salam, nak tanya sikit boleh?
Ikhwah: Silakan, apa salahnya.
Akhawat: Awak, awak dah jawab soalan no 2 assignment aritu?
Ikhwah: erk.. belum lagi.
Dialog 2
Ikhwah: Eh, awak dah makan belum?
Akhawat: Belum, kenapa?
Ikhwah: Jangan la camtu, patut la muka awak asyik pucat je. Tak cantik tau. Makan ye jom!


Dialog 3
Akhawat: Awak, test bile ek?
Ikhwah: Minggu depan kot


Dialog-dialog seperti 1 dan 3 sebenarnya boleh dielakkan untuk berlaku antara muslimin dan muslimat. Amatlah tidak munasabah jika tiada rakan sejantina yang tiada jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Tapi, mungkin boleh dikecualikan dalam keadaan darurat seperti kesempitan masa, kesukaran komunikasi dan sebagainya. Dialog yang kedua apatah lagi. Jelas haram. Elakkan juga perbualan berkenaan isu-isu yang tidak berkaitan seperti pernikahan, peribadi dan sebagainya. Hanya berhubungan atau berkomunikasi dalam kadar yang cukup dan perlu sahaja. Jangan berlebihan kerana ia mungkin mengganggu hati kita.


Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat. Wallahua’lam.






Rujukan:

1.http://www.eng.upm.edu.my/html/files/suraufk/salam_fk_vol3_final.pdf

.

0 comments:

Post a Comment