• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, July 30, 2011

Teguhnya Yusuf

Mungkin dalam bulan nie aku banyak menceritakan mengenai "pemuda islam". Tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemuda, bagaimana berfikir sebagai pemuda, dan bagaimana mana melaksanakannya. Di masa muda inilah  terdapat banyak perkara perlu dihadapi dan tanpa ilmu dan iman yang cukup mungkin kita terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Mungkin Tafsiran Surah Yusuf ini dapat dijadikan pedoman buat kita seterusnya menjadi sumber inspirasi buat kita dalam melalui liku liku kehidupan ini sebagai seorang pemuda.





       Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya(kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata : " Marilah kesini." Yusuf berkata " Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang orang yang zalim tidak akan beruntung." Allah SWT menceritakan tentang keduanya ketika mereka berdua berebutan keluar menuju pintu. Yusuf lari sementara wanita tersebut mengejarnya dari belakang supaya ia kembali ke dalam rumah. Di saat-saat demikian wanita itu berhasil menyusulnya lalu memegang bajunya dari belakang sehingga bajunya koyak cukup lebar. Lalu keduanya terpergok dihadapan suaminya di depan pintu.

        Di saat demikian, wanita itu mengelak dari situasi yang sedang dihadapinya dengan makar dan tipu daya. Ia berkata kepada suaminya sambil mengelak dan menuduh Yusuf yang memulainya. "Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong kepada isterimu. Selain dipenjarakan atau ( dihukum) dengan azab yang pedih? " Ketika itu Yusuf pun memenangkan kebenaran dan berlepas diri daripada pengkhianatan yang dituduhkan wanita itu kepadanya, dan Yusuf berkata dengan jujur. " Dia mengodakanku untuk menundukkan diriku kepadanya" . Ia mengatakan bahawa wanita itulah yang telah mengikutinya dan menarik dirinya sehingga bajunya koyak. Dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya " Jika baju gamisnya koyak di bahagian dada, maka wanita itu benar, jika baju gamisnya koyak dibelakang, maka wanita itulah pendusta, dan Yusuf termasuk golongan yang benar.  Maka takkala suami wanita itu melihat baju gamis yusuf koyak di belaka, Berkatalah dia " Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar, Kemudian menyuruh Yusuf menrahsiakan apa yang terjadi. " Dan (wahai kamu isteriku) mohon ampunlah ke atas dosamu itu, kerana kamu sesungguhnya termasuk golongan yang salah."

          Allah SWT berfirman menceritakan tentang berita Yusuf dan isteri al-Aziz yang tersebar di kota tersebut, iaitu Mesir, sehingga menjadi bahan cerita orang orang . Isteri para pembesar dan para penguas, mengecam dan mencela Zulaikha, isteri seorang menteri negeri itu kerana berusaha meggoda bujangnya dan mengajak kepada dirinya.  Ketika sampai kepada mereka berita mengenai ketampanan Yusuf, maka mereka pun ingin melihatnya. Jadi di undangnyalah wanita wanita itu kerumahnya untuk bertamu. Dan diberikan masing masing sebuah pisau untuk memotong makanan yang disediakan. Kemudian dia berkata kepada Yusuf "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka." Maka, takkala dia keluar dan wanita wanita itu melihatnya, mereka pun kagum dengan keelokan rupanya sambil tanpa sadar mereka memotong tangan mereka sendiri, kerana terpana melihatnya. 

           Takkala mereka melihat ketampanan yang zahir, maka ia(isteri al-aziz) memberitahu mereka tentang sifat sifat baiknya yang tidak mereka ketahui, iaitu 'iffah(menjaga kehormatan). Kemudian ia berkata mengancamnya "Dan sesungguhnyajika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang orang yang hina." Maka ketika demikian, Yusuf pun memohon perlindungan dari kejahatan dan tipu daya mereka dan Yusuf berkata" Wahai Rabb-ku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka ke. Dan jika tidak Engkau hindarkan dariku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku akan termasuk orang orang yang bodoh."

           Ini merupakan puncak kesempurnaan , kerana bersama kemudaan, ketampanan dan kesempurnaann, ia menolak segala ajakan majikan wanitanya, seorang isteri menteri yang sangat cantik, punya banyak harta dan keduduk, namun ia lebih memilih penjara, kerana takut kepada Allah SWT dan mengharap balasan pahalaNya.

          Oleh kerana itu tersebut di dalam kitab sahih al-Bukhari dan shahih Muslim bahwa Rasullulah SAW telah besabda:

" Ada tujuh orang yang dinanungi Allah di dalam naugan Nya pada hari yang tidak ada naugan alin kecuali nauganNya : 
  1. pemimpin yang adil
  2. pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah SWT 
  3. laki laki yang terpaut hati pada masjid apabila ia telah terkeluar darinya sampai ia kembali lagi kepadanya, 
  4. dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, 
  5. seseorang yang bersedekah dengan suatu shadaqah lalu ia merahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah di infakkan oleh tangan kanannya 
  6. laki laki yang diajak oleh seorang wanita yang punya kedudukan dan kecantikan, lalu dia berkata: " Sesungguhnya aku takut kepada Allah,' 
  7.  laki- laki yang menyendiri berzikir mengingat Allah lalu basah kedua matanya kerana menangis."

Rujukan:
1. Tafsir Ibn Katsir, jilid 4, Surah Yusuf, Ayat 23 - 35 

.

0 comments:

Post a Comment