• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, August 6, 2011

Hargai Ramadhan Kita

Puasa aku dan puasa orang lain adakah sama? Kita sume berpuasa dengan kadar yang sama iaitu bepuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Mungkin daripada masa berpuasa itu sama tetapi yang membezakan mungkin adalah "Pengisian takwa" didalam diri kita. Seperti gambar bateri disebelah, di bulan Ramadhan inilah kita meng"recharge" diri kita. Sangatlah rugi bagi orang yang melayani Ramadhan seperti bulan bulan biasa. Mereka hanya menganggap yang membezakan dengan bulan yang lain hanyalah perlu berlapar dahaga di siang harinya sahaja. Ada juga menggangap bulan Ramadhan ini adalah special kerana selepas itu ada Hari Raya dimana mereka menikmati sepuas puasnya makan selepas berpuasa. Ingatlah bahwa orang seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang rugi kerana Ramadhan itu adalah suatu nikmat Ilahi yang terlalu tinggi nilainya.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan di atas orang orang sebelummu agar kamu bertakwa. Yaitu didalam beberapa hari tertentu." (Surah al-Baqarah Ayat:183)

Takwa merupakan penjaga kepada akhlak dan tingkahlaku seseorang. Ia memberikan kita kekuatan untuk mengharungi kehidupan kita yang penuh dengan liku.Dengan takwa inilah dapat mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.  Justeru itu, takwa ini adalah bekalan yang perlu kita isi supaya kita dapat menghadapi sebelas bulan yang akan mendatang. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengiktiraf taqwa sebagai sebaik-baik bekalan, pencegah dari melakukan sesuatu yang Allah larang.

Ketakwaan ini dapat dicapai kerana puasa dapat menyucikan badan dan mempersempit jalan syaitan, sesuai dengan hadis yang terdapat dalam kitab sahih bukhari dan shahih muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk bernikah, maka hendaklah ia menikah. Dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana baginya puasa itu merupakan penekan(nafsu Syahwat)."

Jadilah Ramadhan sebagai pemberi kekuatan kepada kehidupan insan, bagi yang memerhatikan. Ini kerana bulan ini merupakan waktu dimana kita beristirehat yaini masa untuk kita mengumpulkan bekalan (takwa) Ternyata ramadhan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia yang mengharapkan keampunan, keredaan dan seterusnya yang ingin hidup berjuang kerana Allah SWT. Sama samalah kita muhasabah diri kembali kerana Ramadhan ini bukanlah bulan yang sia-sia diciptakanNya.

.

0 comments:

Post a Comment