• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, August 27, 2011

Ikhlas dalam beribadah

Hari ini iftar di rumah Prof Harlina bersama sama rakan rakan. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Alam Damai, ada sedikit pengisian bersama Prof Harlina. Pengisian yang cukup mudah iaitu mengenai "Ikhlas". Mungkin agak bosan bila mendengar tentang tajuk ikhlas ini namun cara pengisian membuatkan aku sedikit tersentuh. Segala pekerjaan yang kita lakukan adalah berlandaskan keikhlasan kerana daripada ikhlas inilah yang memberikan kita motivasi kita secara berterusan. Ikhlas merupakan amalan hati. Ikhlas itu membuatkan kita melakukan suatu perkara kerana Allah, untuk Allah, hanya Allah dan semuanya adalah Allah SWT. Tiada tujuan lain.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula kepada rupa bentuk kamu. Akan tetapi, Dia akan melihat kepada keikhlasan hati kamu." (riwayat Muslim no 2564)

Mendengar tazkirah daripada prof harlina membuatkan aku berfikir sejenak mengenai segala perbuatan yang aku lakukan kini. Ibadah terawih dan solat2 sunat yg aku lakukan sekarang boleh dikatakan aku dapat lakukan dengan khusyuk mungkin kerana keikhlasan dalam beribadat. Cuba kita fikirkan , jikalau dalam diri kita tidak ada unsur keikhlasan maka datanglah sifat malas dan bosan dalam beribadat. Ini kerana ikhlas ini menjadi motivasi seseorang itu untuk mencapai sesuatu. 

Jika seseorang itu ikhlas dalam mengejar dunia namun malas dalam mengejar akhirat maka dunialah yang dia dapat. Namun jika kita ikhlas dalam mengerjakan ibadah maka dunia sekali akan mengikuti kita daripada belakang. Bukanlah nak mengatakan diri aku ini insan yang mulia. Sebab aku sendiri pown x tahu aku ini ikhlas dalam beribadah ataupun tak. Adakah aku ikhlas dalam menulis blog ini? adakah untuk mencapap ataupun untuk menunjukkan bakat? Tetapi yang pastinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat didalam hati aku samada hatiku ini ikhlas dan samada hatiku ini bosan dalam beribadah. Ikhlas diibaratkan sebagai seekor semut diatas batu yang gelap pada malam yang gelap di bawah cahaya bulan yang kelam. Ia sukar dilihat sukat dicari dan sukar dinilai. Hanya tuhan sajalah yang mampu menilai keikhlasan dalam diri kita. 

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman: 

" Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah : pertama , orang yang mati syahid secara zahirnya . Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yang telah engkau lakukan?' Dia menjawab: 'Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid.' Allah berfirman yang bermaksud : ' Engkau telah berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.' Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malaikat)  agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka. Kedua, orang yang mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al Quran. Oranng ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkannya kenikmatan yang akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya: ' Apa yang telah engkau lakukan?' Dia menjawab : ' Aku telah mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman bermaksud.' Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya engkau disebut sebagai qari (orang yang pakar dalam membaca al-Quran) dan engkau telah pun mendapatkan semua itu. ' Lalu, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka. Ketiga, orang yang diberi kekayaan melimpah oleh Allah, yang digunakan untuk selalu disedekahkan. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmayan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya. 'Apakah yang telah engkau lakukan dengan hartamu?' Dia menjawab : ' TIada satu kesempatan pun yang di dalamnya Engaku suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya , melainkan aku bersedekah di dalamnya kerana-Mu.' Allah berfirman : ' Engkau berdusta. Yang sebenarnya , Engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau dikatakan sebagai seorang dermawan dan engkau telahpun mendapat gelaran itu. ' Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret kepada mukanya sehingga akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka." (riwayat Muslim no. 1905)

Kadang kadang rasa takut juga kerana bimbang segala amalan yang dibuat oleh kita tidak diterima oleh kerana niat rase nak menunjuk, rase nak tunjuk diri ini hebat namun tanpa kita sedar kita hanyalah manusia yang pada asalnya dicipta daripada air mani yang hina namun kita masih bongkak lagi dengan apa yang kita ada, sedangkan segala nikmat yang kita ada ini adalah kurniaan Allah SWT.

Jika aku benar-benar ikhlas, semua amalan yang aku lakukan mestilah tanpa ada rasa ragu dan bimbang. Hati tiada niat mengambil keuntungan peribadi dan menang sendiri.

Jika aku benar-benar ikhlas, maka akan muncul dalam diri ini fenomena "pengorbanan" yang nyata. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika aku benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.


.

0 comments:

Post a Comment