• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, September 9, 2011

Rantauanku di bulan Ramadhan

Dalam bulan ramadhan ini, aku merancang perjalanan . Perjalanan yang bermakna demi mencari ketenangan dalam melakukan ibadah. Walaupun ketenangan itu datang daripada Allah SWT namun kita haruslah berusaha dalam mencarinya. Alhamdulillah ternyata beribadah ditempat lain membuatkan aku lebih tenang dalam melakukan ibadah. 


Berjalan sekitar Kuala Lumpur mencari masjid menjadikan aku seakan akan musafir. Dengan bantuan GPS berjaya jugak aku mencari beberapa masjid di sekitar kuala lumpur. Tujuan hanya sekadar ingin menjadi makmum dimasjid ditempat lain. Mungkin oleh kerana suasana yang beribadah yang lain dapat memberi kekhusyukan didalam diri. Dan ini menjadi motivasi buat diriuntuk meneruskan perjalanan yang melelahkan.
 
Masjid Negara, memang sesuai dengan namannya , imam yang meng imami jemaah membaca dengan bacaan yang terang dan jelas ditambah speaker yang besar memang ternayata dapat menusuk ke dalam hati.







Masjid As syakirin, berdekatan dengan KLCC. indah sungguh pemandangan disekitar masjid ini. Aku berbuka puasa disitu.  Alhamdulillah sedap sungguh berbuka puase "free" kat sini.







Masjid jamek. Aku ingatkan nak makan free kat situ namun terlalu panjang barisan untuk beratur terpakse aku membatalkan niat untuk makan free. huhuhu.






Antara masjid2 yang pernah aku pergi masa bulan ramadhan ini aku rase masjid negara merupakan masjid kegemaran aku. Berulang ulang kali aku pergi ke masjid tu, namun hati tidak pernah bosan, badan tidak rasa lelah, yang penting adalah hati ini dapat disi dengan ketenangan yang tidak terbanding nilainya. Alhamdulillah.

Pengembaraan mencari ketenangan telah menarik minat aku untuk terus datang ke masjid. Terasa ingin berulang kali aku ingin mengunjungi masjid masjid ini namun diri ini tidak mampu. Hanya mampu pergi berkala. Sesungguhnya perngembaraan mencari ketenangan ini masih jauh, mungkin tidak pernah akan putus. Walaupun ramadhan telah berlalu pergi namun perjuangan mencari ketenangan tetap akan diteruskan agar hati ini tidak mudah terpesong kearah yang melalaikan. Mungkin tahun nie x banyak masjid yang aku kunjungi namun insyaAllah tahun depan kalau umur masih panjang, badan masih sihat, insyaAllah azam aku ialah umtuk lawat semua masjid dekat KL nieh.


.

0 comments:

Post a Comment