• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, September 30, 2011

Post ong reflection

Selesai sudah posting OnG dan sedikit sebanyak membuka ruang sebenar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar klinikal. Bukan setakat banyak ilmu pengetahuan yang aku perolehi malah banyak pengalaman yang aku perolehi semasa posting ini. Namun dalam kesibukan mengejar hal dunia, masa ibadahku semakin berkurang. Aku juga seperti saudara-saudaraku yang sering di uji. Dan akhirnya semua ini hampir melumpuhkan pengurusan masa aku buat 2 bulan ini. Pelbagai alasan boleh diberi, tetapi secara terus terang inilah kelemahan aku yang aku sedang bermujahadah memperbaikinya. Sikap istiqamah yang sering tergugat apabila diuji dengan sesuatu yang diluar kebiasaan kerja, tugasan dan rutin sebagai seorang mahasiswa.Kita akan diuji dengan apa yang kita sering tulis dan katakan. Itulah bukti Allah mengigatkan kita semasa kita mengigatkan orang lain. Walaupun kadang kadang kerana itu aku takut untuk menulis, tetapi aku gagahi untuk menempuh proses memperbaiki diri.

Terasa terharu melihat bagaimana seorang ibu melahirkan seorang anak terpaksa berdepan dengan berbagai  risiko samada kepada ibu ataupun bayi. Membayangkan sejenak bagaimana sakitnya ibu aku yang melahirkan aku. Sering kali kita ambil tidak kisah terhadap ibu kita, sering kali kita melawan cakap ibu kita, namun ibu masih sayang terhadap diri ini. Kasih ibu tiada penghujungnya.

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? Bukankah ia berasal dari air mani yang di pancarkan( ke dalam rahim)? kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadian( sebagai manusia)? ( Surah Al-Qiyamah: 36-38)

Melihat kembali kejadian manusia, bagaimana kita yang hanya dihidupkan dari sehina hina air yaitu air mani namun masih ada lagi yang merasa mereka lebih baik daripada orang lain lalu dengan bongkaknya berjalan diatas muka bumi. Berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.

Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata. Terfikir juga bahawa ahli bongkak dan sombong ini terlupakah akan balasan malah azab dari Allah yang bakal diterima?

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.  " ( Surah Luqman: 18)

.



0 comments:

Post a Comment