• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, July 11, 2011

Aku dan BERSIH 2.0

Pertama kali aku berdemostrasi di dalam negara yg berdemokrasi ini. Rasanya dah jelas matlamat sebenar demostrasi ini. Bukan mengajak kita menghina mana2 pihak tapi demi menegakkan keadilan yang telus. Rasa nervous bercampur dengan semangat membuak2 dalam diri ini dalam persediaan menempuhi ujian ini. Sebagai seorang anak muda,  baru aku rasa "jihad" yang sebenar. Walaupun bukan di dalam medan perang tapi, perjuangan bersama sama para2 mujahid islam membuatkan semangat dalam diri membuak buak. Dan ini menghilangkan rasa gentar dalam memperjuangkan keadilan. Terasa juga sedih dan pilu melihat kejadian2 yang sepatutnya x patut berlaku. Aku melihat sendiri kezaliman, penindasan, ketidakperimanusiaan polis dalam mengawal situasi yang berlaku. Pada masa itu, aku keliru siapakah yang menjaga keamanan dan siapakah yang membuat keganasan. Semoga perkongsian yg x seberapa ini menjadi peringatan buat diri dan yg lain.










Segalanya bermula di masjid jamek. Aku sedang melepak kesorangan di depan jalan masjid india..melihat kerenah rakyat malaysia.
Dalam melihat gelagat orang ramai. Ade jugak yg kene interview ngan wartawan. Ramai yang kate "no komen" kat wartawan tu. Kesian kat wartawan tu x dapat cari makan
Tiba2  pandanganku beralih ke suatu tempat yg mana ramai orang mula berkumpul di tepi LRT. Jam menunjukkan pkul 12.20. 
  Pastu polis pown datang.  "Get lost!!! Ape tgk2, x puas ati ker? " . Panas jer aku 

Pastu kitaorang pergi kat lain plak

  Melihat polis dan FRU berkumpul bersama jentera2 mereka
 Dengan secara tibe2 jer polis menjerit kat kitaorang suruh kitaorang undur
Eh2..macam main polis sentry plak 
Aku pown menunggu lagi.Tunggu sampai pkul 12.50. Sedar2 aku dah kat tengah2 gerombolan orang ramai.
Macam familiar jer muka pak cik yang belah kiri tu. Name dye Dr Hatta Ramli, MP kuala krai. Aku rase mamat yg pakai topi askar nie pown penah aku tgk gak. Cube tengok betol2.
  
 Pergh!! memang confirm mamat nie. Dengan topi dan seluar askar, Baju itam buat tutup muka dye. Memang aku berbangga duk sebelah mamat nie. Dalam tengah asap pedih berkepul2 tu sempat lagi dye mengibarkan jalur gemilang. Terharu aku. Tetapi kenapa rasa "cinta" terhadap negara ini telah di fitnah? sungguh sedih. bukak link nie



Memanggil kawan2 supaya lebih ramai lagi berkumpul
"HIDUP2, HIDUP RAKYAT! TUMBANG2 KEZALIMAN! HANCUR2 KEZALIMAN! HIDUP2, HIDUP KEADILAN! HIDUP2, HIDUP BERSIH! TAKBIR!!" sorakan yang penuh bersemangat kami menyebabkan semua datang berkumpul kearah kami. Semakin ramai, semakin membara semangat aku.
Kami mula bergerak ke stesen puduraya. Sorakan yang x pernah2 putus sepanjang perjalanan ini. 

Bergerak menuju PUDU
Akhirnya sampai juga, nampaknya kami kumpulan pertama(kumpulan dari masjid jamek) sampai di pudu di ikuti beberapa kumpulan dari arah yang berlainana. Dan kami semua berkumpul di depan Maybank
"JGN SENTUH PIHAK POLIS! SESIAPA YANG MENYENTUH PIHAK POLIS, DIA ADALAH EJEN PROVIKATOR. PROVIKATOR BUKAN DARI BERSIH DAN BUKAN DARI KITA! JGN LAKUKAN PROVOKASI, HIMPUNAN INI HIMPUNAN AMAN. TAKBIR!!"  jerit Dr Hatta Ramli.
" PENGUMUMAN! YG BERHORMAT, SAUDARA SALEHUDIN AYUB, NAIB PRESIDEN PAS TELAH DITANGKAP. TAKBIR!! ALLAH AKHBAR!!PENGUMUMAN! YG BERHORMAT DATUK MAHFUZ OMAR, PESURUHANJAYA PAS TELAH DITANGKAP . TAKBIR!! ALLAH AKHBAR!!! PENGUMUMAN! 300 PENYOKONG BERSIH TELAH DITANGKAP. TAKBIR!! ALLAH AKHBAR!!!"  
"HIDUP2, HIDUP RAKYAT! TOLAK2, KEZALIMAN! HANCUR2, KEMUNGKARAN! TOLAK2 PENIPUAN! TOLAK2, TOLAK SPR! UBAH2, UBAH SPR! TUKAR2, TUKAR SPR! HIDUP2, DEMOKRASI!"

Dr Hatta mula memakai baju bersih. Gua nak pakai tapi x der.

" Kita mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Maybank berhad. Tuan2 dan Puan2, Hari ini kita tak dapat pakai baju kuning tetapi maybank yg kuning itu menjadi TANDA PERHIMPUNAN BERSIH INI! HIDUP MAYBANK! HIDUP BERSHI! HIDUP KUNING!"
Orang ramai mula memenuhi perkarangan Puduraya.


Giler ramai!

Semua orang bertepuk tangan demi menyambut kedatangan kumpulan2 BERSIH  dari arah yang berlainan
Tuntutan BERSIH : 
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Hapuskan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil
  5.  masa kempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Dalam tengah semangat aku bersorak, tiba2 tembakan gas dari FRU datang. Masa tu kelam kabut lari. Aku pown ape lagi, cabut ler. Tembok yang tinggi tu sume aku lepas. Aku x tau la cam ner aku panjat. Memang pedih giler mase tu, Dyspnea + cough + Pedih mate ngan badan skali.

Aku tak tau la aku lari sampai mane, tapi pastu kitaorang rehat 3minit. Lepas basuh muka ilangkan pedih n telan garam nak neutralkan gas tu kitaorang turun balik. La nie kat jalan pudu depan Puduraya.

Dalam tengah nk berkumpul tu, Nassaruddin bangun naik pagar. Memberikan kata2 himah  dan kata2 semangat buat kami.
Kami menuntut keadilan!
Lori FRU semakin lama semakin mendekati kami. Dan dalam pada masa yang sama hujan renyai2 mula turun. Semakin lama semakin lebat. Air hujan mengurangkan kesan gas yg dilepaskan. Dan kami masih setia meneruskan perhimpunan ini, apakah dengan turunnya hujan ini merupakan bantuan dari Allah Taala kepada golongan yang ditindas? Turunnya rahmat Allah kepada orang2 yg dikehendakinya. Dan pada masa itu juga Fru menembak gas pemedih mata diudara. Namun, gas itu di "neuralized"kan oleh hujan. Time nie aku x bley tangkap gambar sebab hujan turun ngan lebat.


Kitaorang berundur jap dan pastu kitaorang duduk ramai ramai. Pada masa tu abg sebelah gua bace doa nak pegi perang. Aku yg duduk agak terkedepan pown gementar gak melihat FRU tu tapi disebabkan ramai anak2 muda berada bersama ngan aku, membuatkan aku lebih bersemangat! Walaupun kami hanya duduk diam namun gas tetap dilepaskan LAGI kearah kami. 


KAMI TIDAK BERSENJATA, KAMI TIDAK MEMBUAT PROVOKASI, KAMI TIDAK MEROSAKKAN KEMUDAHAN AWAM, KAMI TIDAK MENCEDERAKAN SESIAPA. KAMI HANYA MENUTUT KEADILAN. KENAPA KAMI DILAYAN SEBEGINI!!


Apabila gas dilepaskan, aku tergamam seketika melihat orang2 disekeliling aku. Mereka membaling balik gas yg dilepaskan itu ke FRU. memang diaorang nie gua tabik spring. Gua pown x berani nak wat walaupun bende tu depan mate je. InsyaAllah mungkin lain kali. Lepas tu aku pown lari lintang pukang

Pastu lari masuk kawasan hospital lak. Disebabkan aku berada dikawasan hospital dan aku yakin diaorang x tembak lagi. Pastu dengan yakinnyer aku duk kat depan Hospital ler. Dan2, pastu kene tembak gas lagi.
Hospital pown ko nak tembak gak ker? korang x fikir ker yang dalam ade orang sakit? dah macam rejim ZIONIS. Da tu bukan nak mintak maaf, siap TIPU lagi

Fuh! Jauh gak aku lari. Patut aku baling balik gas tu kat diaorang. Haish
Dengan rase x puas atinyer, kitaorang sume keluar daripada hospital. Aku terpakse panjat pagar yg tinggi tuk kluar dari hospital.  
Pastu kitaorang dapat arahan supaya berkumpul di KLCC plak. Walaupun ia satu perjalanan yang memenatkan tapi  mesej kami tersebar ke serata penduduk KL.
 Giler ah!Akhirnya sampai gak KLCC. Kami berjaya menawan KLCC!!   "HIDUP2, HIDUP RAKYAT! TUMBANG2 KEZALIMAN! HANCUR2 KEZALIMAN! HIDUP2, HIDUP KEADILAN! HIDUP2, HIDUP BERSIH! TAKBIR!!"  
 Bersama dengan Ibrahim Tuan Man , Dr Hatta , Nassarudin Tantawi ,  dan CheGuBard memberikan kata2 semangat. "SESUNGGUHNYA KITA TELAH MENANG! SEKURANG KURANGNYA SETIAP SEORANG DARIPADA KITA DAH TERKENE GAS PEMEDIH MATA 4 KALI! TAPI KITA MASIH CEKAL DALAM MEMPERJUANGKANNYA"
TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!
Lepas tu FRU datang plak. Akhirnya kitaorang bersurai dari depan KLCC. Tu pown FRU tembak gas
  Just x tahu ape yg terjadi kat depan KLCC tu. Lepas balik rumah, baru tahu ade sorang meninggal. Dan selepas tu, kitaorang bersurai dan balik ke rumah masing masing. Gua da penat giler mase tuh 
Bukak link nie  . Doakan semoga arwah Baharuddin Ahmad di tempatkan dikalangan para syuhada yg menegakkan keadilan di jalan Allah.
  
Ini hanya sekadar refleksi diri, apa yg terpampang didepan mata. Aku menyaksikan belasan ribu di hadapan mataku. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kota raya. Hebat betul rakyat Malaysia. Serta merta aku merasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia menyerap masuk ke dalam hati kecil aku. 

Lebih membanggakan ialah bagaimana diaorang boleh lepas semua sekatan yang dibuat? Adakah strategi sekatan, tahanan, ugutan dan kepungan polis Malaysia tidak berkesan? Atau ombak semangat rakyat begitu cekal? Penyatuan hati rakyat2 Malaysia membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis! Sekatan, ugutan, tahanan, kepungan dan serangan gas pemedih mata adalah kecil bagi kami. Ini kerana penyatuan ini lebih utuh daripada kezaliman, kekerasan dan kekejaman yang mereka lakukan. Hujan yang turun meringankan beban kami  daripada gas pemedih mata turut menjadi bukti Tuhan bersama kami.

0 comments:

Post a Comment