• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, October 9, 2010

Tingginyer..

  Teringat kembali zaman kecik2 dulu mase darjah 2, time tu 1st time datang KL .Ketika itu, jam menunjukkan pkul 7 pagi dan aku masih dalam bas. Benda pertama aku Nampak mase aku bangun tido adalah menara Kl walaupon bukan setinggi menara KLCC, tapi ketinggian menara KL tu da cukup membuatkan aku rase kagum. Perasaan aku mase tu, rase macam nak terjun je dari atas menara KL tu (biasalah budak kecik ..wakakaka)..tapi sekarang da besar ,tengok KLCC lame2 pown macam tengok bangunan yang lain2..cume tinggi skit jek..






Baru2 nie, dalam budjet 201, Perdana Menteri telah megumumkan bahawa akan mendirikan bangunan 100 tingkat(atau lebih) dikenali Menara “Warisan Merdeka”. Setiap orang ada persepsi masing2 tentang projek ini, ada yang membantah dan ada yang menyokong.Apa pendapat anda? Ari nie kita belajar sikit pasal sejarah kaum2 terdahulu.  


Surah Al Fajr (ayat 6 - 14)
Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak lihat, kamu tidak paham, apa yang tuhan lakukan kepada kaum ‘Ad? penduduk Iram yg mempunyai bgnn2 tingi yang di pacak dengan tiang tiang yang besar? kaum Samud yang membelah bukit2 batu2 yang pejal dijadikan bangunan kebanggaan dilembah negeri mereka .Kaum Firaun yang mempunyai pasak2 yang dipacak keatas bumi. Mereka semua melakukan kejahatan . Lalu Allah menimpakan keatas mereka azab hukumanNya . Dan Tuhanmu sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh hamba hambanya .

Ayat ini mengisahkan kaum dan bangsa di zaman dahulu yang berbangga dengan tamadun kebendaan mereka dengan mendirikan bangunan2 tinggi dan bangunan2 yang besar .Mereka ini bukan sahaja menyalahgunakan nikmat yang diberi oleh Allah tetapi mereka juga kufur terhadap agama Allah.

Ada juga para nabi yang mendirikan kerajaan yang besar, antaranya ialah Nabi Sulaiman A.S yang memiliki kerajaan yang menguasai manusia, jin , binatang 2liar dan Nabi Sulaiman A.S. juga mempunyai mukjizat iaitu dapat mendirikan pembangunan yang sangat hebat.  Semua tanda2 kebendaan yang dirikan Nabi Sulaiman A.S dihapuskan oleh Allah S.W.T. Tidak ada kesan sedikit pun yang ditinggalkan, yang ada kesan dan bekas ialah bangunan2 kaum ‘Ad, kaum Samud, Kaum Firaun yg dilaknat oleh Allah S.W.T.

Mereka berlumba2 mendirikan bangunan2 yang tinggi untuk menunjukkan kekayaan dan kemegahan harta benda mereka. Sedangkan dimuka bumi masih ada orang 2 yang tidak cukup makannya, pakaiannya dan gajinya. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah mendirikan bangunan2 yang tinggi bukanlah kemajuan tamadun manusia tetapi ia adalah pendahuluan untuk dihancurkan tamadun manusia menandakan kelekaan dan kelalaian mereka.

0 comments:

Post a Comment