• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, October 20, 2010

Aduh! Sakit


Zaman persekolahan dulu ada kenangan yang pahit ade yang manis. Kenangan pahit agak banyak jugak mase sekolah agame dulu bila dapat ustaz yang tegas sikit. Disebabkan sangkut mase menghafal surah aku di rotan dengan pembaris kayu sampai patah pembaris tuh. Memang mengerunkan. Tapi bila dah tua nie baru sedar kenapa aku dirotan dan hikmah di sebalik rotan tersebut. Walaupon modul "membrane &receptor" dah lepas, tapi ilmu yang kita ade perlulah kita applykan walaupon sedikit.


 Adakah dulu anda pernah dirotan? Merotan demi mengajar? Jika perlu, mungkin kita akan menggunakan alat didikan tersebut. Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah berpesan supaya setiap ibubapa perlu mengajar anak-anak sembahyang semasa umur mereka 7 tahun. Sekiranya anak-anak tidak mahu sembahyang pada umur 10 tahun, Rasulullah SAW mengajar supaya pukul mereka dengan rotan dengan cara-cara yang yang telah ditetapkan dalam Islam.Tetapi kebanyakan daripada kita menganggap rotan ini adalah cara yang "kejam" dan "kuno" untuk mengajar kanak2. Tanpa kita sedar, kita telah memperbodohkan diri kita sendiri kerana  berfikir hanya mengikuti akal . Setiap benda yang disebut Rasullullah ada hikmah disebaliknya.


 Dalam ilmu Physiology(Fisiologi), kanak-kanak begitu mudah dalam mempelajari sesuatu. Jika ibubapa memukul( merotan) anak-anak, akan berlakunya learning process dalam otak mereka. Merotan atau dalam Physiologynya dikenali sebagai noxious stimulus (rangsangan sakit), akan mempercepatkan firing level urat saraf dalam otak untuk mudah belajar & memahami sesuatu perkara.


Subhanallah...Rasulullah SAW berpesan pada 1400 tahun yang lalu. Tetapi, para saintis baru menemuinya pada 20-30 tahun baru-baru ini. Hebatnya Islam. Maka banggalah anda menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Satu-satunya agama yang mulia disisi ALLAH SWT. Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment