• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, December 23, 2010

Kalendar Hijrah Vs Kalendar Masihi

Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku terasakan bahang di dalam menyambut tahun baru nie, tetapi dalam sambutan Awal Muharram dulu aku x merasakannya. Mungkin salah aku jugak kerana duduk bilik je sampaikan bahang Awal Muharram nie tak terasa. Walaupun Awal Muharram ini telah lepas dan tahun baru bakal menjelma, aku nak berkongsi sedikit mengenai tahun tahun ini. Di kesempatan ini juga, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.Dan cuba kita tengok jugak sejarah bulan bulan Masihi dan bandingkannya.



Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."(Surah Al-Taubah : 36)

"Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.
Syaaban
 Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Daripada apa yang kita lihat tentang maksud dan sejarah bagaimana terjadinya bulan islam, kebanyakkan daipadanya adalah peristiwa peritiwa penting yang berlaku di tanah arab. Cuba kita bandingkan dengan sejarah nama nama bulan masihi pula.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Bulan Masihi
Januari
Kata ini diambil dari nama dewa bangsa Roma yaitu dewa dengan dua wajah bernama Janus. 
Februari
Berasal dari kata latin Februa, suatu istilah untuk pesta penyucian yang diselelnggarakan oleh bangsa Romawi kuno setiap 15 Februari.
March
Maret itu sendiri berasal dari kata Mars nama Dewa Perang bangsa Romawi kuno yang sangat terkenal karena kegarangan dan keberaniannya
Mei
Kata Mei diambil dari istilah Maia Majesta, Dewa Musim Semi. Musim Semi disambut meriah dengan festival-festival oleh banyak rakyat Eropa. Gadis tercantik dan pria tertampan dipilih untuk dinobatkan menjadi raja dan ratu yang akan memimpin tari-tarian dalam festival-festival itu. Di Inggris, tradisi ini masih dilakukan tiap bulan Mei, ratu disebut Maid Marian dan sang raja disebut Robin Hood.
Jun
Kata Juni berasal dari Juno, nama Dewi Feminin yang melambangkan harkat kewanitaan yang membawa kebahagiaan keluarga. 
Julai
Bulan ketujuh ini pada mulanya bernama Quintilis dan aslinya terletak pada urutan kelima. Tetapi ketika Roma dikuasai oleh Mark Anthony nama bulan ini diubah menjadi Juli, diambil dari nama Julius Caesar sebagai penghormatan kepada Kaisar Romawi yang terkenal itu.  
Ogos
Seperti halnya bulan ketujuh, bulan ke-8 pun berasal dari nama Kaisar Romawi; Agustus. Bahkan dia sendiri pula menempatkan namanya itu dalam kalendar tersebut. Demi menunjukkan kekuasaannya, dia telah mengubah jumlah hari, mengurangi jumlah hari pada bulan Februari lalu menambahkannya pada bulan ke-8 itu. Itu sebabnya bulan Februari ade 28 hari je.
September
September berasal dari kata Septa, bahasa latin berarti 7. Pada mulanya bulan September memang berada pada urutan ke-7 kelndar Julian. Tetapi ketika pada abad ke-8 sebelum masehi, pembagian tahun diubah dari 10 bulan menjadi 12 bulan, tanpa megubah namanya terlebih dahulu bulan September ditempatkan di urutan ke-9 dan berlaku sampai saat ini.
Oktober
Berasal dari kata Okto, bahasa latin yang bererti 8. Semula di urutan ke-8, bergeser ke urutan ke-10 mengikuti pergeseran bulan-bulan sebelumnya.
November
Berasal dari kata Novem, yang berarti 9. Sebelum diadakan pembaharuan di jaman Julius Caesar, bulan November hanya mempunyai 29 hari, bukan 30 hari seperti yang dikenal dewasa ini. 
Desember
Baik pada zaman Romawi Kuno mahupun pada masa modern sekarnag ini, bulan Desember merupakan bulan terkahir pada penanggalan tahunan. Desember berasal dari akta Decem yang berarti ke-10. Bagi bangsa-bangsa yang hidup di negara belahan bumi sebelah utara, bulan ini dikenal sebagia bulan suci karena semua negeri ditutupi oleh salji.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Berbeza sekali dengan sejarah nama bulan bulan islam, nama bulan bulan masihi ini kebanyakannya adalah daripada nama nama dewa kepercayaan masyarakat Rom. Tetapi, apa yang boleh kita lihat sekarang ini sambutan tahun baru masihi lebih meriah daripada sambutan Awal Muharram. Apa yang lagi menyedihkan lagi, sambutan ini di sambut meriah oleh orang islam yang "jahil" lebih daripada orang bukan islam. Dan lebih memalukan, mereka menyambut dengan parti-parti maksiat dan aktiviti yang tidak bermakna. Jika sambutan Awal Muharram tidak di sambut meriah oleh orang islam, siapa lagi?


P/S: bak kate member aku" semoga umur yang bertambah ini, bertambah juga iman di dalam diri kita ini"
insyaAllah

0 comments:

Post a Comment