• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Sunday, May 13, 2012

Felda dulu dan kini - Aku dulu dan kini

Felda sejak dari penubuhannya hingga lah ke hari ini bermacam bantuan, program, saham serta skim2 yang dianjurkan. Berbanding dengan penduduk di tempat lain sememangnya Felda adalah anak emas bagi kerajaan. Ini mungkin kerana golongan majoriti Felda adalah Melayu yang pada asalnya adalah golongan yang tidak berkemampuan . Kerajaan membaiki taraf hidup mereka dengan diberi sebidang tanah serta ditugaskan mengusahakannya tanah tersebut. Dan bercerita pula mengenai aku. Bermulanya aku adalah seorang pemuda yang lahir dari bumi Felda. Berkubang, memancing, melastik, bermain, bekerja, itulah norma norma kehidupan kami sebagai anak2 Felda. Setelah 16 tahun lamanya aku tinggal di Felda, aku mula merantau dinegeri orang mencari pengalaman.

Dengan hanya membawa diri, aku terus melangkah masuk dalam dunia pra-mahasiswa di Matrikulasi Melaka. Walaupun hanya berada di Melaka tetapi oleh sebab kurangnya kemampuan maka aku jarang balik ke kampung. Namun setiap kali aku balik, pasti ada perubahan pada sebahagian rumah peneroka di Felda aku. Keadaan ini berlanjutan hingga lah aku menyambung pengajian di UKM. Hingga kini (2012), kalau masuk Felda aku terasa kagum melihat rumah peneroka semuanya berbatu seperti banglo. Rasa syukur timbul dalam hati kerana sedikit demi sedikit rezeki kami sekeluarga dimurahkan.

Nak senang cerita, Felda merupakan golongan2 melayu yang "termakan budi kerajaan". Jadi perlukah membalas budi kepada sebuah kerajaan yang memberikan banyak nikmat kehidupan kepada kita? Bak kata pepatah " Orang berbudi kita berbahasa", dan demikianlah natijahnya. Tapi sebetulnya adakah pertalian antara rakyat dengan kerajaan seperti itu? Atau bagaimanakah orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka? ada pepatah yang menyebut "Ask not, what your country can do for you. Ask what, you can do for your country." Tetapi sikap kebergantugan yang teramat dan membabi buta terhadap kerajaan menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli, angkuh, dan sombong terhadap rakyat kerdil.

Namun sekarang, aku mula memikirkan apa yang harus aku perbuat sekarang? Adakah dengan duduk atas pagar seterusnya hanya makan budi sahaja? Hari2 tidak perlu memikirkan apa yang berlaku disekeliling dan hanya meneruskan hidup ini dengan aman. Tetapi patutkah aku hidup didalam keadaan aman sedangkan Malaysia sebenarnya di dalam keadaan kucar kacir ? Pergolakan hati ini terus menerus terjadi didalam hati ini. Hari demi hari, ilmu datang mematangkan fikiranku ini. Sehinggakan aku benar benar yakin dengan perjuangan aku ini.

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula. (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata" 
(Al-Hajj 22: 11)

Manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya soal perancangan musuh, penindasan, rasuah, masalah sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.

Oleh itu sebagai seorang pemuda, aku perlu dinamik pemikirannya atas perkara perkara yang berlaku. Tetapi pemuda sekarang terlalu ramai yang leka dengan hiburan dan ini telah menyempitkan cara pemikiran mereka yang hanya tertumpu di alam universiti. Putaran pemikiran mereka hanyalah boleh berlegar legar di sekitarnya.



.

0 comments:

Post a Comment