• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, May 24, 2012

Aku bukanlah seorang lelaki yg hebat

Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat.
Hebat dari segi ilmunya, hebat dari segi amalnya, hebat dari segi agamanya, hebat dari segi perjuangan dan hebat segala-galanya. Kerana aku sedar apabila merasakan diri kita cukup hebat mulalah kita meletakkan diri pada satu kedudukan yang tinggi padahal hakikatnya kita sedang diuji oleh Allah swt . Populariti dan kesenangan dunia mengaburi diri dalam niat murni kita dalam mendidik ummah.

Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat,
Kerana kerap juga aku menitiskan air mata atas dosa2 yang lalu. Terasa diri ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka kerana aku hanya insan kerdil yang kerap melakukan kesilapan dan apabila ingin kembali ke jalanNya. Aku sering diuji dengan dugaan yang aku sendiri tidak mampu hadapi sehingga letih tidak bermaya, tapi tetap jua aku teruskan. Terkadang juga aku "melarikan" diri daripada perjuangan ini, bagaimana mungkin aku dapat membimbing mereka dalam perjuangan nanti?

Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat,
Aku hanya mampu mencoretkan bait kata untuk diriku. Catatan tentang cerita yang tak berhujung dan penuh dengan segala likunya. Waktu yang mencatatkan kenangan yang tak mungkin bisa terhapus dan terlupakan. Kerna hidup itu seperti sebuah kisah yang membawa kita ke aliran yang tak bisa kita duga. Catatan yang hanya ditujukan untuk diriku sendiri, tidak kepada siapapun, tiada surat untuk kekasih ataupun surat surat yang lain.

Aku bukanlah seorang lelaki yg hebat,
Aku hanyalah air yg memberi sedikit kesegaran bukanlah matahari yg sentiasa memberi kehangatan
Aku hanyalah kedai yg punya satu dua pelanggan bukanlah pasar yg selalu dikunjungi ramai org
Aku hanyalah seorang hamba yg hanya bisa berkata jujur bukanlah pujangga yg pandai bermain kata
Aku hanyalah seorang manusia yg biasa bukanlah superhero yg memiliki kekuatan istimewa.

Sebenarnya, adakah rasa resah ini perlu berterusan? Mungkin kita sudah tak terasa bahawa sudah lamanya hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa penghujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Dan menyebabkan kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.


 .

0 comments:

Post a Comment