• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, April 30, 2012

Because I Care

"People bound to what their see and heard as "right" and "true" things. Thats what their call reality. But that "right" and "true" is nothing than vague term. Their reality could turn out to be an illusion. Everyone is living by their own assumptions. "

Petikan kata diatas banyak dijadikan alasan untuk Diam. Kerana diam itu lebih bagus daripada berkata kata yang tidak perlu. Namun fenomena apa yang berlaku sekarang ini, pabila kezaliman terjadi di luar negara contohnya di syria, mesir dan palestin,  mereka seolah olah peduli dan bimbang dengan mereka sehinggakan penuh ruang2 maya ini dengan isi hati mereka . Tetapi pabila kezaliman dan ketidakadilan berlaku di negara sendiri mereka terus menjadi bisu dan mengambil keputusan untuk berdiam diri. Sedih, tetapi itulah hakikat yang harus ditelan. Aku cuba bersangka baik terhadap puak puak ini, mungkin kezaliman di negara kita ini tak cukup ganas berbanding negara negara luar. mungkin kadar kerosakan dan kematian tidak sebanding dengan negara2 bergolak, atau mungkin matlamat yang diperjuangkan tidak jelas kepada berbanding matlamat mereka.

Ataupun anak muda Malaysia sekarang hanya mampu duduk didepan komputer dan berimaginasi didunia mereka sendiri. Dan apabila datangnya seruan, mereka seolah olah pekak, mereka seolah olah bisu dan tidak bisa berfikir. Sebelum itu mereka menunjukkan keimanan, ketaatan kepada ketua, keakraban terhadap orang beriman namun pada hakikatnya mereka ragu terhadap perjuangan yang mereka sendiri pilih. Aku tinggalkan tulisan aku disini dan biarkan minda menilai sendiri apa yang berlaku. Dan aku akhiri dengan nukilan puisi yang tidak seberapa dari diri yang hina ini.

Kepada mereka yang sayangkan palestin,
Kepada mereka yang bersama syria,
Kamu bercerita hebat tentang perjuangan mereka
Kamu bimbang benar dengan keadaan mereka
Kamu bersedih dengan berita kematian saudaramu
Tetapi pabila situasi itu terjadi di bumi sendiri,
Kamu mula membisu, kamu mencemuh, kamu mencaci,
Dimana sifat sayang kamu?
Dimana sifat peduli kamu?


.

0 comments:

Post a Comment