• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Sunday, April 29, 2012

Aku dan Bersih 3.0

Sekali lagi aku merempuhkan diri ke medan perjuangan ini demi untuk keadilan rakyat Malaysia. Namun tetap ada yang terus menerus menghina, mencaci dan menolak prinsip kami sebagai pemuda yang cintakan negara ini. Kami tidak minta supaya perjuangan kami dihargai tetapi cukup hanya sekadar memahami apa yang berlaku. Refleksi ini bukanlah satu jawapan kepada semua persoalan tetapi ianya adalah suatu perkongsian yang merungkai sedikit persoalan. Walau perkongsian aku ini tidaklah seberapa hebat tetapi ia lebih baik daripada mereka yang berkata lebih tetapi pada hakikatnya tidak mahu berbuat apa apa.




Seawal 8 pagi aku pergi menuju ke destinasi iaitu ke masjid jamek. Semangat makin berkobar pabila mendengar orang sudah mengerumuni dataran merdeka sejak malam tadi.







Sampai2 polis da ramai. Berlori lori banyaknyer. Aduai, baru pukul 8 , sarap dulu la brader. Nanti kang x de tenage nk maen kejor2 ngan aku. hahaha



Aku lepak2 jap melihat keadaan sekeliling
Nampak ler gak orang2 berarak psal Lynas. Tapi ade gak pondan yang buat konsert kat sini. Haishh..

 



Tanpa aku sedar, orang ramai mula mengerumuni jalan Tun Perak depan Masjid Jamek nieh. Jam baru menunjukkan pkul 10.30 pagi. Aku apelagi, ronda2 la,  kowt2 jumpe bende best




Crowd semakin ramai dan da ade group yg da start berarak. Jam menunjukkan 11.30 pagi
Aku tanye org sebelah sape owang nie. Rupenyer pak jabit antu kak limah. Walaupon x kenal, aku amek jela gambo, hahaha
 



Aku pown maleh nk lepak2 lagi. Aku join la crowd. Next destination: DATARAN MERDEKA!!



Uik, da duduk? brader, blom sampai dataran lagi nie. x kan nk duduk dulu. Aku tak puas ati lalu aku pown menyelit dengan hebatnya
 


12.15 pm : Lalu sampai satu point, aku menoleh kiri kanan, perghh sesak giler!




Patut la sesak, rupenyer polis block jalan. Aku menyelit ke depan lagi, nk tengok ape yg berlaku



Dawai berduri dan pagar besi menjadi halangan. X cukup dengan tuh, tengok dyeorang nyer position fuyooo




Nie 1st line defense



Blakang skit 2nd line defense. Blakang lagi baru FRU. Memang btol nk gi perang nieh





12.30 pm : Aku pown meyarongkan headband BERSIH dan seterosnya join DUDUK dan BANTAH!





" HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT!"

" TUMBANG! TUMBANG! KEZALIMAN! "

" HIDUP! HIDUP! HIDUP BERSIH!"







 


 
12.45 pm : Reinforcement polis sudah sampai. Dengan trak2 skali masuk ke area dataran




PLEASE, NO PROVIKATOR! LET THEM PASS! THIS IS PEACEFUL ASSEMBLY!







1.45 pm : Akhirnya pimpinan sudah sampai dan mula memberikan ceramah pendek mereka. Antara yang aku jumpe ialah Dr Hatta Ramli, Azmin Ali, Sivarasa, dan ramai lagi ahli2 parlimen pusat.
 









" KITA SEBENARNYA SUDAH DUDUK DI DATARAN MERDEKA! WALAU BEBERAPA METER JAUH DI DATARAN NAMUN KERANA RAMAINYA RAKYAT MALAYSIA DISINI SESUNGGUHNYA DATARAN SUDAH DI TAWAN OLEH KITA. MERDEKA!!"



2.50 pm : Dan kemuncaknya, Anwar Ibrahim datang bersama Chegu Bard dan Nurul izzah dengan ford ranger mereka.Seterusnya Anwar menyampaikan sedikit kata semangat kepada kami




" DATARAN MERDEKA BUKAN DBKL YANG PUNYA! DATARAN MERDEKA BUKAN BN YANG PUNYA! TETAPI DATARAN MERDEKA RAKYAT YANG PUNYA! "

" HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT! "


3.00 pm : Selepas itu FRU terus menggila dan menyembur air kimia terhadap perserta bersih. Chegu Bard menyeru kepada kami " MASUK! MASUK! JANGAN TAKUT!"
Kami terus bergerak ke hadapan, tidak gentar dengan semburan mereka!



Dalam 5 minit berasak asak pergi kehadapan, FRU teros menembak lepas Tear Gas ke arah crowd. Giler! aku pown lari lintang pukang sebab bnyak sangat canister dye tembak.




Silap aku lari arah angin, rase macam nk mati da. Dengan sesak nafas, pedih badan, mate pedih , memang x bley tahan. Tapi yang kesiannye dekat org yg bawak anak dan mak cik2 dekat situ. Aku memang x bley buat ape2 sebab ak pown x bley pikir dgn btol, pikir nk mati jer.





3.20 pm : Fuh! jauh gak aku lari. Aku pown x tau kat mane nieh.






Jalan jalan lagi jumper la Sogo.



3.50 pm :Selepas rehat beberapa ketika, tetibe jer org mula start grouping balik. Aku pown apelagi, join la




4.00 pm : Aku pown gune skill selit2 aku sampai la front line. Nampaknya polis buat benteng manusia kat depan tuh. Fuh!



Kiteorang gerak sedikit demi sedikit ke hadapan pabila polis berundur.



4.15 pm: Ha! Ha! polis sentry versi royal rumble. Ape lagi, FRU pown tembak tear gas la. Aku macam biase r, lari lintang pukang.


4.30 pm: Dalam kemengahan lari dari asap gas tadi, Alhamdullilah ada bantuan sampai dari PBSM. Mereka seramai 3 trak membawa bekalan air mineral dan ia diagihkan kepada peserta. Dapat juga releive badan ngan muka yg ngah pedih sebab tear gas tadi.





Jam menunjukkan 4.50 tetapi tiada tanda demo akan berterusan. Orang ramai juga mula bergerak balik mencari train terdekat. Aku pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Pada masa tu Train2 Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat ditutup atas sebab keselamatan . Terpaksa aku menapak ke stesen titiwangsa.

Ini adalah sekadar apa yang terlihat dihadapan mataku. Ada juga cerita yang tidak dapat aku tulis kerna ruang serta input yang kurang tentangnya dan aku akhirkan apa yang ada disini saja. Berpuluh ribu yang hadir di perhimpunan ini dan setiap yang hadir ini mempunyai cerita yang tersendiri. Walaupun jalan cerita setiap daripada kami berbeza beza tetapi kami semua mempunyai satu matlamat yg sama iaitu matlamat menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Ini kerana politik yang wujud di Malaysia pada hari ini adalah berteraskan kepentingan peribadi bukan berteraskan kebajikan rakyat serta pentadbiran yang cekap. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia bukan sahaja pembangkang untuk memastikan sistem pilihanraya bersih dan diyakini.  BERSIH bukanlah perhimpunan yang menentang kerajaan tetapi ia adalah perhimpunan yang membaik pulih kerajaan. InsyaAllah


.

0 comments:

Post a Comment