• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, March 9, 2012

Aku, buku dan cinta

Bingkisan kali ini tiada kene mengena dengan post lelaki jiwang tetapi ia lebih kepada luahan rasa hati. Yang mana Aku mula jatuh cinta dengan buku . Aku bukanlah lahir dari keluarga alim ulama' dan bukan pula dari keluarga wali wali Allah. Aku cuma seorang lelaki biasa yang datang dari keluarga yang biasa. Mungkin fitrah manusia itu mengajar aku rasa ingin tahu yang kuat dan menimbulkan rasa cinta terhadap bahan bacaan semakin mendalam dalam jiwaku. Mungkin tidak mampu menjadi ulama' tapi cukup bagiku sekurang kurangnya mengikut jejak mereka.

Sejarah bezaman zaman hanya terbuku didepan aku. Seolah olah aku berkawan dengan para ulama, bercerita dengan para imbiya, berduka dengan para ilmuan, berjihad dengan para syuhada. Terasa hidup ini lebih bermakna kerana pengembaraanku bukan hanya aku lalui di dunia aku sendiri malah ia meliputi pengembaraan beribu ribu batu jauhnya. Aku merasakan hidup aku ini kosong tanpa pengisian yang bermakna daripada buku. Tidak pernah timbul pula rasa bosan, muak mahupun benci didalam diri terhadap buku.

Bagi aku, nikmat mata merupakan suatu anugrah yang amat bernilai. Tanpa mata, kita tidak bisa melihat huruf-huruf, huruf huruf itulah yang membentuk kata, kata membentuk kalimat, kalimat membentuk perenggan , dan seterusnya membentuk satu buku dan bahkan membuahkan jilid jilid buku. Dengan membaca , akan memperolehi banyak maklumat sehinggakan mampu membezakan dengan berbagai macam hal yang dimiliki.

Namun pabila aku melihat, dunia telah berubah. Orang tidak lagi betah dengan kitab kitab yang sedia ada. Mereka lebih tertarik kepada Tv, youtube, facebook, laman web dan segala macam hiburan. Dunia hari ini, kekurangan pembaca, terlebih kepada kesibukan. Ini kerana kita sedang berada di dalam zaman serba cepat. Orang pun inginkan sesuatu dengan cepat. Oleh itu, gaya bahasa yang mudah penting demi untuk pemahaman. Adapun ada juga orang yang suka mempersulitkan gaya bahasa , itu menunjukkan betapa ceteknya cara pemikiran mereka.

 " Mereka itulah orang orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada didalam hati mereka, oleh ituberpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah merek, serta katakanlah kepada mereka kata kata yang boleh memberi kesan kepada hati mereka."  (Surah al-Nisa:63)

Ternyata membaca ini meluaskan cara pemikiran setiap pembaca, berpengetahuan tinggi, berwawasan dan akal fikiran yang berkembang kerana melalui pembacaan. Daripada membaca aku bergerak ke penulisan dan daripada penulisan aku bergerak kepada pemikiran. Kerana aku sedar sebagai anak muda, kita bukanlah golongan yang menikmati hiburan yang melampau lampau, tetapi golongan pemuda adalah golongan yang mampu berfikir dan bertindak yang sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment