• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Thursday, February 9, 2012

Ceteknya ilmu hambaMu ini

Terasa lama sudah aku meninggalkan teratak maya ini. Mungkin kerana diri ini "malu", yakni malu terhadap diri sendiri kerna merasakan ilmu didada ini sudah cukup, cukup untuk mengharungi gelombang2 ujian yang mana ia datang dengan bertubi tubi dan kian besar dari yang sebelumnya. Aku sebenarnya telah tersilap , dan ini menyebabkan aku tenggelam ditengah perjalanan ini. Namun aku cuba baiki diri dengan ilmu hari demi hari, demi menandingi cubaan yang mendatang. Bingkisan muhasabah kali ini hendak menyelusuri mengenai pengorbanan. Pengorbanan masa, harta, dan dunia demi mencapai satu tujuan yang bermakna iaitu ilmu. Ilmu yang mana mendorong kita lebih dekat kepada Ilahi. Ia merupakan sesuatu yang dicari oleh para pahlawan, pencinta kejayaan dan pengagum karya. Menuntunya adalah suatu ibadah, mengajarkannya adalah suatu sedekah dan mencarinya adalah suatu perjuangan.

" Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan padanya maka Allah memberikannya kefahaman dalam soal agama." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Seperti yang aku tulis sebelum ini yang mana setiap sesuatu yang diinginkan pasti memiliki penggerak dan penggerak itu adalah hasrat dan rasa takut. Hasrat untuk mendapatkan pahala dari Allah bagi orang orang yang mengharapkan keredaan Allah dan menjaga perintahNya , dan rasa takut daripada hukuman Allah bagi orang  yang meninggalkan perintah dan memandang remeh ancamanNya. Ketika hasrat dan rasa takut itu bersatu, ia akan membawa kita kepada kewujudan ilmu dan hakikat zuhud, kerana hasrat adalah pendorong terkuat untuk belajar dan rasa takut adalah penyebab utama dalam berzuhud. Ketika ilmu disertakan dengan zuhud, maka sempurnalah kebahagiaan seorang manusia dan kemuliaan pun akan dia perolehi. Betapa indahnya, bila dorongan untuk menuntut ilmu adalah ilmu itu sendiri,. Bilamana kecintaan akan ilmu itu sudah tertanam di dalam hati, dan jiwa telah terfana, maka tanpa disedari, ia akan mendapatkan apa yang ia inginkan.

 ...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (menggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang orang yang berilmu... (Surah Fathir : 28)

Dahulu, kitab dan buku bacaan merupakan teman terbaik . Sekarang dunia telah berubah. Orang tidak lagi betah dengan kitab kitab yang sedia ada. Mereka justeru lebih tertarik dengan siaran siaran TV, video2, musik2, serta aktiviti sosial yang berlebihan. Dunia hari ini, kekurangan pembaca, kelebihan kesibukan. Aku mengimbau kembali kepada diri sendiri serta para pembaca agar bersantai sekejap. Merenunglah! Carilah cara yang lebih berkesan dan banyak manfaatnya. 

Dengan membaca, pasti pengetahuan dan wawasan akan bertambah. Aku  cuba memerhatikan diri ini, ternyata banyak perkara yang terjadi kepada aku dan banyak juga pengalaman yang aku perolehi. Semuanya terjadi kerana bimbingan dari Allah SWT sehingga aku boleh menelaah buku. Berabad abad zaman seakan akan digulung didepan aku seperti menggulung lembaran catatan.

Wahai orang yang diberi kesabaran untuk menyendiri, 
dan diberi kemudahan untuk memasuki pintu ilmu pengetahuan . 
Wahai orang yang sedia bersahabat dengan buku, 
jangan pernah menyesal dengan apa yang telah pergi!
Orang yang merasakan manis bersama buku tidak akan menerima sesautupun sebagai ganti daripada buku


.

0 comments:

Post a Comment