• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, January 13, 2012

Dorongan

Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?

Apakah faktor yang membuatkan manusia berfikir setiap hari, cara bagaimana dirinya mampu hampir kepada Allah? Apakah faktor yang membangkitkan semangat manusia itu menjadikan segala kehidupannya mengharap kepada Allah? juga mengiginkan dirinya dekat dengan Allah. Dorongan yang muncul didalam hati manusia dan dirinya bangkit dengan dorongan itu kerana muncul dalam dirinya erti kesungguhan sehingga menjadikan tuan diri ini memiliki kekuatan. Dengan kesungguhan itu dia mampu untuk berdepan dengan dirinya serta memalingkannya dari kesalahan. Apakah pemangkin yang mendorong manusia untuk terus teguh dalam perjalanannya menuju Allah?

Iaitu sesuatu yang Allah campakkan didalam hati manusia, terasa ia didalam hati manusia, terus membuatkan manusia itu bangkit dengan kesungguhan. Perjalanan menuju Allah. Berkeinginan dekat dengan Allah. Adakah kerinduan terasa di hati ini? Ataupun ianya boleh terjadi dengan sebab yang lain iaitu terkesan dengan orang lain yang berada di sekelilingnya iaitu duduk bersama dengan mereka yang soleh? Ataupun adakah ianya boleh berlaku dengan tanpa sebab?

Tidaklah kita solat sehari dua kemudian bosan lalu meniggalkannya. Tidaklah kita datang kepada jalan ini dengan hati yang bersih serta melawan hawa nafsu hanya seminggu dua atau sebulan dua sahaja kemudian kita tinggalkan dan kembali kepada asal tanpa kesungguhan lagi. Kita mencari kesungguhan agar kita mampu solat di malam hari, tetapi tidak mendapatinya.. Hilangnya semangat itu, dorongan itu kemana hilangnya?
Memang ada dikalangan manusia yang mendapat dorongan itu dengan tanpa sebab. Jadi bolehkah kita beranggapan yang kita hanya perlu tunggu dan rahmat daripada Allah akan datang kepada kita?

Seperti juga mencari rezeki, kita perlulah membuat melakukan sesuatu pekerjaan barulah rezeki itu datang kepada kita. Kerana ini adalah jalan untuk mendapat rezeki, Allah menyuruh kita mencarinya dengan usaha serta bertawakal kepada Allah.  "Mencari dan Tawakal" . Begitu juga hidayah, datangnya juga adalah bersebab 

Ulama berkata" Jiwa manusia itu mudah terkesan dengan sesuatu untuk dia bangkit maju kehadapan  samada terkesan oleh sebab "ketakutan" , ataupun sebab "keinginan", ataupun sebab yang ketiga ini, iaitu "cinta"

 Adapun ketakutan itu seseorang ini sangat menginginkan sepotong kek, sedangkan dirinya ada penyakit diabetes, memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya dia mengambil kek itu, terus ditinggalkannya. Sebab apakah menyebabkan dia meninggalkan apa yang dia inginkan tadi? kerana ketakutan. Untuk itu, benda sebegini ada didalam al-Quran kenapa banyak al-quran menceritakan tentang api neraka, azabnya. Apakah keperluan terhadap penceritaan ini semua? Tujuannya adalah kerana kita tersangat memerlukannya.

" Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. " (Surah An-Nisa:115)


 TAKUTLAH KITA TERHADAP AZAB ALLAH
.

0 comments:

Post a Comment