• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Tuesday, January 3, 2012

Medan Amal: realiti atau maya?

Alam maya telah menjadi platform yang penting terutamanaya Facebook dan blog bagi menyampaikan informasi terkini di zaman teknologi tanpa batasan. Ini juga merupakan salah satu jalan yang mana dakwah Islam terus berkembang. Melihat cara penyampai dakwah ini merupakan sesuatu yang berbeza dengan dakwah pada zaman Rasullulah yang mana terpaksa bergerak mengerahkan tenaga, masa serta kesabaran dalam menyampaikan dakwah ini. Cabaran yang mereka hadapi bukan sahaja dicemuh, dimaki malah diancam nyawa mereka. Berbanding dengan kita, hanya mampu copy paste ataupun menulis satu dua ayat lalu mengepost dan merasakan sudah cukup nilai dakwah yang perlu disampaikan.

Mengimbas kan kembali kisah kisah para shabat , para tabie, beramal dengan amalan dengan banyak serta ilmu yang tinggi. Pada zaman mereka tiada yang dikatakan alam maya ini. Walaupun proses penyampaian itu tidak begitu drastik namun amalan mereka tinggi kualitinya berbanding kita yang didedahkan dengan ilmu namun ibadah masih tetap ditakuk lama. Adakah ilmu yang dipost byk2 hanya sekadar untuk dipost sahaja bukan untuk diamalkan? Ada juga melihat rakan2 yang mana kerap kali mereka mengeluarkan kata2 dakwah di profile mereka . Bukanlah aku nak menghalang proses dakwah ini namun kita haruslah sedar yang mana keseimbangan itu penting dari segi dakwah dan amal yang dikerjaka. Cuba kita renungkan kata2 dari seorang yang yang hebat.

Kata kata dari Imam Hassan Al-Banna "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu"

Ramai daripada kita mampu menulis namun tidak semua yang ditulis mampu dilakukan. Ramai yang juga mampu bercakap namun hanya segelintir yang mampu bersabar atas ketika beramal. Dikalangan yang segelintir ini hanya segelintir sahaja yang mampu memikul bebanan jihad yang berat dan sukar.

Kekadang, tidak perlu ayat yang berkias demi menarik hati para pembaca, tidak perlu kata sekencang bicara pemidato hebat, tidak perlu lawak jenaka keterlaluan demi mempengaruhi yang lain. Tapi, hanya dengan suatu perkara sahaja iaitu Sahsiah diri kerna ia mampu memikat hati-hati untuk mengikuti yang baik dari penghayatan Islam. 

Sangat besar murka kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.”(Surah As-Saf : 3)

Ayat diatas adalah supaya kita muhasabah diri kita sendiri atas apa yang kita dakwahkan, bukan dalil bagi seorang murid untuk mengkritik gurunya, sehingga dia enggan menerima nasihat-nasihat dari gurunya tersebut. Mendakwahkan suatu perkara yang belum kita amalkan dan kita berniat dan berusaha untuk mengamalkanya, tetap dituntut untuk menyampaikannya .

Dari Anas ra d ia berkata, kami bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.” (HR. Thabrani). 


.

0 comments:

Post a Comment