• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, December 5, 2011

Post JKM reflection

Ini merupakan reflection yang ketiga setelah dua assignment reflection mengenai posting ini. Tetap jua aku gagahi diri ini menulis demi untuk merempuhi proses memperbaiki diri. Aku sedar diri ini memerlukan motivasi yang berterusan agar rasa semangat mujahadah ini tidak luput dimamah masa. . Posting ketiga aku, JKM (jabatan kesihatan masyarakat) telah memberikan pengalaman yang unik untuk aku. Walau begitu cepat masa berlalu namun banyak peristiwa yang mengajar aku mengenai erti kehidupan terutamanya dalam soal uhkwah dan tanggungjawab.

Mungkin kali ini aku hanya bercerita mengenai ukhuwah kerna sebelum ini aku sudah men'reflect' dalam soal tanggungjawab. Aku memang bukan orang yang terbaik untuk berbicara perihal ukhwah tetapi aku cuma faham satu. Kita adalah ummat terpilih. Kita diberikan hidayah islam. Kita ada saudara. Jika bukan kepada saudara kita, kita mahu sayang... lalu kepada siapa?

Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”(H.R.Bukhari dan Muslim).

Sepanjang menjalani posting ini, satu perkara yang menyedarkan aku mengenai sesuatu perkara yang mana perkara ini merupakan suatu konsep yang penting dalam menjalani hidup bermasyarakat ini. Tanpa disedari hubungan silaturahim diantara aku dan rakan rakan semakin erat, yang mana segala aktiviti dilakukan bersama sama tidak kira secara formal ataupun secara tidak formal. Aktiviti solat berjemaah, makan , makan angin, belajar, survey, perbualan serta aktiviti2 lain ini membuka ruang buat kami untuk menjalinkan hubungan. Sepanjang waktu bersama ini, ingat mengingati sesama lain menjadi kebiasaan kerna sesungguhnya manusia itu sifatnya mudah lupa, walau tahu tapi perlu diingatkan. Oleh itu, setiap daripada kita ini memerlukan sahabat yang baik agar tidak tersimpang dari jalan yang lurus.

Aku cuba nukilkan sebuah puisi buat diri serta sahabat agar kita tidak mudah lupa bahwa tingginya nilai persahabatan itu.. InsyaAllah


Sahabat,
Tak terasa waktu berlalu begitu cepat,
Tak teringat berapa lama kita berkumpul dalam persaudaraan ini.
Kata katamu masih terngiang jelas di mindaku,
Tawa, senyum dan tatapanmu menjadi cermin bagiku,
Agar tetap teguh dalam melangkah di jalan ini,
Mungkin ini adalah cinta
Yang menjadikan diriku yang kini
Yang merasakan hangatnya cinta
Berukhwah atas jalanNya

Sahabat,
Dunia seakan terasa sempit, dada terasa sesak,
Tubuh terasa lemah, langkah semakin berat
Pabila jalan ukhwah ini tersekat,
Semoga warna warni ukhwah ini  berterusan
Agar ia menjadi tiket
Menggapai redhaMu ya Rabb

Terima kasih Allah. Aku sangat gembira kerana Kau permudah untuk aku maniskan ukhwah dengan mereka. Semoga hati-hati ini kan terus bertaut kerana ingin berjihad di jalan-Mu ya Allah



.

0 comments:

Post a Comment