• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Monday, November 21, 2011

Priority Hidup

Sering juga ditanya mengenai keutamaan dalam hidup ini, sering juga jawapannya berubah-ubah dan sering juga diri ni baru hendak mencari apa yang hendakkan jita letakkan pada kedudukan utama. Mungkin dalam diri ini terlalu banyak keinginan yang mungkin megatasi keutamaan dalam hidup ini. Tujuan manakah perlu aku utamakan? Masa-masa lapang ku diisi dengan mengisi ruang yang perlu untuk membezakan keinginan dan keutamaan.

Aku mula berfikir adakah manusia sudah berubah ataupun memang sudah lumrah manusia melupakan keutamaan hidup mereka. Keutamaaan dalam hidup mereka seolah olah hanya demi menjulang tuntutan hawa nafsu mereka yang sememangnya tidak pernah kering dan habis.Maruah dan harga diri seorang manusia seolah olah sudah terhakis.

Kejernihan langit kehidupan pada hari ini mula pudar dengan warna warna kedustaan, kezaliman, penindasan dan penderitaan. Manusia berlumba lumba dan bermati matian untuk mengejar keindahan, kenikmatan dan keseronokan "palsu" dunia. Sehingga ada yang sanggup memutuskan silaturrahim, membuang ibu bapa dan adik beradik sendir. Mereka mula mengambil jalan mudah demi megejar apa yang mereka citakan.


Kawan-kawan, pastikanlah bahwa kita telah meletakkan keutamaan pada perkara yang akan membantu kita pada hari esok yaini hari akhirat.

Renungkanlah firman Allah s.w.t:

" Wahai orang orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan ( yakni dari amalannya) untuk hari esok(yakni hari Akhirat)". Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hasyr Ayat 18)


Matlamat dan visi utama kehidupan seorang mukmin yang sejati tidak lain hanyalah untuk mendapatkan rasa kasih dan cinta seta keredhaan Allah SWT.

 " Katakanlah, sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" ( Surah Al-an'aan Ayat 162)

Usahlah menjadi antara manusia yang gagal merancang akan tetapi berusahalah menjadi seorang Muslim yang bijak memberikan keutamaan dalam kehidupan.TImbanglah kembali keperluan yang lebih utama,
Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai satu keutamaan dalam kehidupan sorang muslim?


"Akan tetapi kamu utamakan kehidupan di dunia. Padahal kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al _A'la Ayat 16-17)

Gunakanlah kesempatan masa yang kita ada sekarang ini untuk bermusahabah bagi menilai ketakwaan kita di sisi Allah SWT. Sekiranya bukan hari dan saat ini kesemua hati kita kembali bertaubat. Ambillah kesempatan ini, bagi kita menilai kembali keutamaan hidup kita.


.

0 comments:

Post a Comment